Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Masih Jauh Ketinggalan Di Pasaran India

Apple Masih Jauh Ketinggalan Di Pasaran India

Diterbitkan Julai 17, 2018 oleh Haikel Areff

India merupakan pasaran ketiga terbesar bagi industri telekomunikasi dunia di belakang China dan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, ia bukanlah pasaran yang terbaik bagi syarikat pengeluar peranti paling bernilai di dunia untuk tahun 2018, Apple Inc.

Ini kerana menurut laporan Bloomberg, jumlah jualan bagi peranti keluaran mereka di negara berkenaan sepanjang separuh pertama tahun ini gagal mencapai paras satu juta unit. Namun perkara ini tidak membimbangkan Apple kerana mereka mendakwa kadar jualan bagi tahun ini akan lebih baik berbanding 2017.

Apple Masih Jauh Ketinggalan Di Pasaran India

Kredit : ABSCBN News

Paras harga dikatakan menjadi punca kepada kegagalan Apple untuk menjadi pilihan pengguna dan kadar tarif tinggi (15%-20%) yang dikenakan oleh kerajaan India juga menyebabkan pengguna di sana memilih produk yang lebih mampu milik.

Walaubagaimanapun, Apple telah mula menghasilkan produk mereka secara terus di India sejak musim panas yang lalu, di mana mereka telah bermula dengan peranti iPhone 6s dan SE terlebih dahulu.

Ia mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum operasi penuh dapat dijalankan, namun perkara ini dijangka akan dapat mengurangkan harga peranti Apple bagi pasaran India pada masa akan datang.

CEO Apple Kata Harga iPhone X Tidak MahalKredit : The Verge

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook menegaskan bahawa India adalah pasaran penting bagi Apple dalam usaha mereka untuk terus menguasai industri ini.  Ia adalah berikutan kadar peningkatan pengguna telefon pintar yang meningkat secara mendadak di sana akhir-akhir ini.

Selain itu, taraf ekonomi yang semakin membangun serta saiz pasaran yang sangat besar turut menjadi penyebab mengapa banyak pengeluar telefon pintar termasuk Apple semakin menfokuskan kepada negara berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Menjelang 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
©2026 WISER.MY