Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Marina Bay Sands Diperlihatkan, Akan Dibuka 10 September Ini

Apple Marina Bay Sands Diperlihatkan, Akan Dibuka 10 September Ini

Diterbitkan September 8, 2020 oleh Amalina Athman

Apple kini mengesahkan Apple Marina Bay Sands, Apple Store pertama yang terapung di atas air akan dibuka pada 10 September ini. Menurut Apple, Apple Marina Bay Sands menempatkan 148 pekerja yang bertutur dalam lebih dari 23 bahasa.

Apple Marina Bay Sands Diperlihatkan, Akan Dibuka 10 September Ini

Untuk pembukaan pada Khamis ini, Apple menyatakan lawatan ke Apple Store ketiga di Singapura itu hanya akan dibuka kepada pengunjung yang telah membuat janji temu sahaja. Ia bertujuan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan pengunjung.

Apple Store Marina Bay Sands

Dalam pada itu, Apple turut memperlihatkan rekaan dalaman Apple Store tersebut. Dikelilingi sepenuhnya oleh air, Apple Marina Bay Sands menawarkan pemandangan panorama 360 darjah.

Apple Store Marina Bay Sands

Seni bina bebola kaca ini terdiri daripada 114 kepingan kaca dengan hanya 10 tiang menegak untuk sambungan struktur. Sebahagian seni bina Apple Store ini juga diinspirasikan daripada Pantheon di Rome.

Apple Store Marina Bay Sands

Terdapat juga ruangan The Forum yang akan menjadi pentas untuk sesi Today at Apple dimana ia akan menampilkan artis, ahli muzik dan pengkarya Singapura.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY