Apple Store Pertama Terapung Atas Air Bakal Dibuka Di Singapura Tidak Lama Lagi

Apple pertama kali membuka Apple Store di Singapura pada tahun 2017. Kemudian, diikuti Apple Store kedua di Lapangan Terbang Jewel Changi pada tahun lalu. Kini, Apple Store ketiga di Singapura dijangka akan dibuka tidak lama lagi.

https://twitter.com/MichaelSteeber/status/1297675970695045121

Menerusi imej yang dikongsikan, ia menunjukkan pembinaan Apple Store Marina Bay Sands telah pun siap. Menariknya, Apple Marina Bay Sands adalah Apple Store pertama yang terapung di atas air. Ia direka dengan seni bina bebola kaca yang terapung di perairan Marina Bay.



Di waktu malam, ia memperlihatkan bebola yang bersinar seperti tanglung. Untuk ke Apple Marina Bay Sands, pengunjung boleh menggunakan jambatan di permukaan laut atau jalan di bawah laut yang menghubungkan The Shoppes di Marina Bay Sands.

Dalam pada itu, tarikh pembukaan Apple Marina Bay Sands dijangka akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.

Sumber: 9to5Mac