Sehubungan dengan itu, Apple dikatakan akan menghentikan pengeluaran iPhone X dan iPhone SE pada masa terdekat. Ramai berpendapat bahawa kelas harga yang terlampau tinggi bagi peranti iPhone X menyebabkan kurangnya permintaan terhadap peranti tersebut.
Apple bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan iPhone X adalah merupakan salah satu keluaran mereka yang paling popular. Malah mereka juga menegaskan prestasi jualan mereka adalah sangat baik berdasarkan jumlah pendapatan yang mereka perolehi sejak peranti berkenaan diperkenalkan.
Menurut pengkaji dari BlueFin Research, Apple perlu untuk menghentikan pengeluaran dua peranti ini bagi memberi lebih tumpuan kepada tiga peranti yang akan dilancarkan kelak. Bagi iPhone SE walaupun baru dua tahun dilancarkan, peranti itu sebenarnya mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan iPhone 6 yang dikeluarkan pada tahun 2014.
Tiga model iPhone bagi tahun ini amat penting bagi memulihkan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook. Beliau dikecam oleh segelintir pelanggan mereka di mana Apple dibawah pimpinan beliau dikatakan kurang inovatif dan kreatif dalam melakukan pembaharuan berbanding mendiang Steve Jobs.
Sumber
Berkaitan
- Sebab Kenapa Cermin Cybertruck Pecah
- Dapatkan Vivo NEX 3 Serendah RM199 Sebulan Dengan Digi Phone Freedom 365
- Selamat Tinggal 'Notch'- HONOR View20 Bakal Menerjah Tanah Air Pada 26 Januari Ini
- Perbandingan Kamera Xiaomi Mi 8 & Pocophone F1
- Skrin Sentuh iPhone 6 Gagal Berfungsi? Anda Tidak Keseorangan
- Kajian Mendapati 92% Pengguna iPhone Tidak Akan Beralih Ke Android
- Xiaomi Semakin Garang Tembusi Pasaran Eropah, Beri Amaran Kepada Para Pesaing
- Satu Lagi Telefon Pintar Dilaporkan Meletup Ketika Sedang Dalam Pengecasan
- Xiaomi Bakal Lancarkan Peranti Mi Mix 3 Dengan Sokongan 5G Pada Tahun Hadapan
- Google Hadiahkan Lebih Daripada RM 143 Ribu Kepada Seorang Remaja Dari Uruguay