Apple telah memperkenalkan dua variasi saiz pada keluaran kali ini iaitu 13-inci dan 15-inci yang mana kedua-duanya akan hadir dengan sokongan paparan kedua Apple Touch Bar yang diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2016.
Kredit : DigitalTrends
Apple juga membawa pembaharuan terhadap skrin paparan peranti apabila ia akan menggunakan skrin paparan True Tone, yang turut digunapakai pada peranti iPhone 8, iPhone X dan iPad Pro. Skrin ini akan memberi paparan lebih terang dan kurang pantulan berbanding skrin Retina yang digunakan sebelum ini.
Dari segi sistem cip pula, model Pro 13-inci akan menggunakan cip generasi ke-8 i5 atau i7 dengan empat teras keluaran Intel. Manakala bagi model Pro 15-inci pula akan hadir dengan cip Intel i7 dan i9 dengan enam teras.
Pengguna yang mengutamakan kepantasan pasti gembira apabila pihak Apple mengesahkan model Pro 15-inci akan hadir dengan memori yang lebih besar. Ia akan hadir dengan memori 32GB RAM berbanding 16GB RAM pada keluaran tahun ini.
Ia juga akan menggunakan sistem memori yang lebih terkini iaitu DDR4 berbanding DDR3 yang digunapakai pada model terdahulu. Malah, simpanan dalaman bagi kedua-dua model juga meningkat dua kali ganda iaitu 1TB ke 2TB bagi Pro 13-inci dan 2TB ke 4TB bagi model 15-inci.
Kredit : Switch
Sementara itu, laman Switch mengesahkan bahawa model baru ini akan memasuki pasaran Malaysia pada pertengahan Ogos. Di samping itu, mereka turut memaklumkan berkenaan penurunan harga bagi beberapa model MacBook Pro keluaran terdahulu.
Sumber
Berkaitan
- Tronsmart Spunky Beat lagi best daripada Spunky Pro?
- Apple Akan Bawa Kembali Twitter Pada Mac
- Ketahui Ciri Baru Dji Mavic 2 Pro & Mavic 2 Zoom
- MCMC Komited Lindungi Pengguna, Lebih 2000 Akaun Palsu Telah Dipadam Sejak 2018
- Redmi Note 6 Pro Akan Mula Dipasarkan Di Malaysia Pada 20 Oktober Ini
- Samsung Umum Pembikinan Program TV Khas Hanya Untuk VR
- Apple Didakwa Akan Lancarkan Perkhidmatan Penstriman Video Pada 25 Mac Ini Bagi Mencabar Netflix
- OnePlus Hadir Dengan Program Percubaan Beta Untuk Kemaskini OxygenOS
- Apple Mungkin Memperkenalkan 3 Model Baru iPad Pro Pada Tahun Depan
- OnePlus 7 Dijangka Hadir Dalam Tiga Variasi Berbeza, Termasuk Satu Versi Pro