Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Airpods 5

Apple Lancar AirPods 5, Bateri Tahan Sehingga 20 Jam Pada Harga RM599

Diterbitkan September 10, 2026 ยท Dikemas kini September 10, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas mengumumkan iPhone 18 Pro dan Pro Max baharu, Apple memperkenalkan pula AirPods 5 sebagai sebahagian daripada barisan produk terbaru mereka untuk tahun 2026 ini.

Generasi baharu ini bukan sekadar fon telinga tanpa wayar, tetapi pelengkap kepada visi Apple menjadikan setiap peranti sebagai hub pintar peribadi.

Apple Lancar AirPods 5, Bateri Tahan Sehingga 20 Jam Pada Harga RM599

Apple menyatakan AirPods 5 adalah fon telinga paling canggih dalam kelasnya.

Dengan teknologi Active Noise Cancellation (ANC) terbuka yang mampu menyingkirkan sehingga 50% lebih banyak bunyi berbanding AirPods 4, pengalaman mendengar kini lebih tenang dan fokus.

Mod Transparency serta Adaptive Audio pula memastikan pengguna kekal peka terhadap persekitaran tanpa mengorbankan kualiti bunyi.

Dari segi audio, AirPods 5 hadir dengan multiport acoustic architecture dan Adaptive EQ generasi baharu, menghasilkan bunyi lebih kaya dan mendalam.

Ditambah dengan Personalized Spatial Audio, setiap lagu dan filem terasa lebih hidup dan imersif.

Lebih menarik, integrasi Siri AI membolehkan kawalan tanpa tangan, suara ekspresif yang boleh disesuaikan, serta fungsi Live Translation untuk komunikasi rentas bahasa secara masa nyata.

AirpOds 5 1

Apple berkata, AirPods 5, baru mereka “direkayasa semula agar lebih tahan lama berbanding sebelum ini” dan mempunyai lebih daripada 4 jam mendengar dengan ANC dan 20 jam keseluruhan dengan bekas pengecas.

Apple turut menekankan kelestarian dengan penggunaan 40% bahan kitar semula, termasuk 100% kobalt dalam bateri dan 70% plastik dalam bekas pengecas.

Harga jualannya bermula RM599 untuk versi standard dan RM699 dengan bekas pengecas tanpa wayar

Apple Lancar AirPods 5, Bateri Tahan Sehingga 20 Jam Pada Harga RM599
Hayat bateri AirPods-5 dipertingkatkan dengandengan Sarung Pengecasan Tanpa Wayar, memberikan sehingga lima jam main balik dengan ANC dengan sekali cas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY