Menyedari hakikat ini, Apple mahu lebih bertanggung jawab dan mahu mengurangkan impak terhadap alam sekitar dengan produk mereka. Visi Apple adalah menjelang tahun 2030, mereka mahu mencapai sifar karbon.
Ia bukannya satu visi yang mudah memandangkan ia berkait dengan banyak perkara seperti operasi dari pembekal serta bahan binaan yang digunakan dalam peranti pintar mereka.
Bermakna, Apple juga secara tidak langsung akan memaksa segala pembekal bahan akan turut mematuhi tahap karbon yang lebih rendah.
Pada laporan progres alam sekitar baru-baru ini, Apple telah mengumumkan rancangan untuk mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 75% menjelang 10 tahun akan datang. Pada masa yang sama mereka akan membangunkan teknik penghasilan peranti yang lebih mesra alam sekitar untuk baki 25% tersebut.
Tambahan lain, Apple juga mengumumkan akan melabur sebanyak 100 juta USD ke dalam rantaian pembekal mereka. Ia adalah sebagai salah satu usaha untuk sama-sama mengurangkan pengeluaran karbon dalam kalangan mereka.
Menurut dakwaan Apple, lebih dari 70 buah pembekal telah bersetuju untuk menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui untuk menghasilkan komponen untuk Apple.
Melihat kepada pelan Apple ini, sudah tentu ia berkait rapat dengan mengapa mereka tidak mahu menyertakan palam pengecas di dalam kotak pembelian iPhone 12. Apa-apa pun, visi mereka dalam menyumbangkan impak yang lebih tinggi kepada alam sekitar sudah tentu akan diperhatikan dan dinilai juga oleh jenama-jenama besar lain seperti Samsung atau pun Huawei.
Sumber: Apple
Berkaitan
- Cip Apple A14 Akan Guna Teknologi 5nm TSMC, Bakal Dihasilkan Secara Pukal Suku Kedua 2020
- Bekas Jurutera Cip Apple Kini Bekerja Di Qualcomm Melalui Pemilikan Nuvia Pada $1.4 Billion
- Apple Sedang Menyiapkan Rekaan Antenna 5G Tersendiri, Tidak Bergantung Dengan Rekaan Antenna Qualcomm
- Mac Pro Merupakan Produk Apple Paling Mudah Untuk Dibaikpulih
- Apple Tutup Kedai Jualan Di China Lantaran Wabak Coronavirus
- Apple M1 Menjadi Cip Pertama Memecah Rekod Skor Melebihi 1 Juta Di Antutu
- Apple Menjual Roda Mac Pro Dengan Harga RM2,799
- CEO Xiaomi Nyatakan Mereka Tidak Meniru Apple, Mahu Membuang Pengecas Sejak 2015 Lagi
- Face ID Apple Pada Masa Hadapan Mungkin Guna Salur Darah Sebagai Imbasan Biometrik
- Google Assistant Jauh Lebih Maju Dari Apple Siri Dalam Ujian Perbandingan Ucapan Ke Teks