Apple Inc Masih Lagi Bukan Syarikat Paling Bernilai Di Amerika Syarikat

Syarikat pengeluar peranti iPhone, Apple Inc masih lagi gagal dalam usaha mereka muncul sebagai syarikat yang mempunyai nilai paling tinggi di Amerika Syarikat, menurut Brand Finance. Menurut laporan Brand Finance Global 500 2018, Apple telah menduduki tangga kedua bagi kedudukan syarikat paling bernilai di Amerika Syarikat di belakang Amazon.

Walaupun nilai syarikat berkenaan kini dianggarkan bernilai $146 billion(~RM 588 billion) yang juga meningkat sebanyak 37% berbanding tahun lepas, ia masih belum cukup untuk mengatasi nilai syarikat Amazon yang dianggar sekitar $150 billion(~RM 605 billion). Manakala syarikat Google yang juga merupakan syarikat yang menduduki ranking pertama bagi tahun 2017 pula jatuh ke tangga ke-tiga dengan anggaran nilai $120 billion(~RM 483 billion).



Apple sebelum ini kekal sebagai pendahulu bagi ranking berkenaan selama lima tahun bermula dari 2012 sehingga 2016. Namun syarikat berkenaan mengalami sedikit penurunan pada tahun 2017 sehingga membenarkan Google untuk mengambil alih kedudukan mereka dalam ranking Global 500.

Sementara itu, prestasi semasa kewangan syarikat Apple masih lagi pada tahap yang sangat baik di mana mereka telah menperoleh pendapatan sekitar $ 61.1 billion(~RM 246 billion) bagi suku pertama tahun ini sahaja. Sebahagian besar daripada pendapatan berkenaan disumbang oleh penjualan peranti iPhone iaitu sebanyak 52.2 juta unit telah terjual.

Sumber