Pihak Apple memperketatkan peraturan pada gerai aplikasinya, App Store bagi mengelakkan data penyalahgunaan data milik pengguna tanpa pengetahuan. Sebelum ini, pembangun aplikasi di App Store boleh meminta akses kepada maklumat seperti nombor telefon pengguna dengan bebas. Namun perkara tersebut tidak akan dapat dilakukan lagi.
Bagaimanapun, para pembangun masih boleh meminta maklumat seperti nombor telefon pengguna dengan syarat mereka menjelaskan kepada pengguna tentang apa yang mereka akan lakukan dengan maklumat berkenaan. Jika ingkar, tindakan mungkin akan dikenakan terhadap mereka.
Skandal berkaitan penyalahgunaan data ini telah berlaku kepada Facebook di mana mereka didakwa telah berkongsi data pengguna mereka tanpa kebenaran dengan pihak Cambridge Analytica. Perniagaan Facebook menjadi teruk selepas itu dan Cambridge Analytica sendiri dalam proses untuk menghentikan perniagaan mereka.
Sehubungan dengan itu, Bloomberg melaporkan Apple telah mengeluarkan arahan kepada pembangun mereka berkenaan perkara ini pada persidangan pembangun aplikasi Apple, WWDC 2018 yang berlangsung pada 4 Jun hingga 8 Jun yang lalu. Namun, perkara ini tidak dihebohkan kepada umum sebelum ini.
Sumber
Berkaitan
- Xiaomi Dilihat Mula Mengehadkan Penggunaan Pelancar Pihak Ketiga Yang Tidak Diiktiraf
- Huawei Nafi Cuba Curi Teknologi Syarikat Semikonduktor Baru Amerika
- Servis Penstriman Muzik Percuma Terbaru Dari Spotify
- Harga Rasmi Huawei P10, P10 Plus dan P10 Lite Diumumkan Secara Rasmi
- Mohon Kerja Di MacDonald's Melalui Snaplication- Aplikasi Snapchat
- Honor 8 Bakal Di Lancarkan Pada Hujung September Ini.
- Samsung Gear S3 Sudah Tiba Di Pasaran Malaysia Dengan Harga RM 1399
- Ini Alasannya Mengapa Anda Perlu Mengaktifkan Fungsi Blue Light Filter Pada Telefon Anda
- Beli Gajet Online - Elak Perkara Ini Sebelum Tepuk Dahi
- Xiaomi Bakal Lancarkan Telefon Pintar Gaming Mereka Pada 13 April Ini