Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
App Store

Apple Akan Tambah Lebih Banyak Iklan Di App Store Bermula Minggu Depan

Diterbitkan Oktober 23, 2022 oleh Amalina Athman

Dalam e-mel yang dihantar kepada pembangun pada minggu ini, Apple mengumumkan iklan berkaitan aplikasi akan mula dipaparkan pada bahagian tab Today dan “You Might Also Like”, di App Store bermula 25 Oktober 2022. Dinyatakan, semua negara akan menerima paparan iklan itu, kecuali China.

Menurut MacRumors, ini merupakan kali pertama pembangun dapat menyiarkan iklan dalam tab Today, yang ketika ini hanya memaparkan kandungan yang dipilih sendiri oleh kakitangan editorial App Store. Ia juga bermaksud, pembangun kini boleh mempromosikan aplikasi mereka pada halaman aplikasi lain.

Berkaitan

  • Cara Guna TnG eWallet Untuk Pembayaran Di App Store Dan Play Store
  • Apple Akan Naikkan Harga Aplikasi App Store Di Malaysia, Berkuat Kuasa Seawal 5 Oktober

Bagaimanapun, dalam satu ciapan di Twitter, pakar undang-undang Florian Mueller menyatakan iklan di bahagian “You Might Also Like” adalah cara lain untuk meningkatkan kadar cukai aplikasi yang efektif.

Dalam erti kata lain, pembangun mungkin terpaksa membeli iklan di halaman aplikasi mereka sendiri, bagi mengelakkan pembangun lain mengambil tempat berkenaan dan seterusnya berpotensi menarik pengguna untuk memasang aplikasi lain.

Apple just sent all developers an email that "Today tab and product page campaigns start October 25." It's another means of increasing the effective app tax rate, forcing developers to buy ads on their own app pages in order to avoid that others steer customers away from there.

— Florian Mueller (@Florian4Gamers) October 21, 2022

Terdahulu, iklan di App Store hanya terhad kepada hasil carian berdasarkan kata kunci dan bahagian “Suggested” pada tab Search. Dengan iklan dalam tab Today dan bahagian “You Might Also Like“, App Store kini akan menawarkan empat pilihan pengiklanan secara keseluruhan.

Gambar utama: Apple Search Ads

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY