Apple Dilapor Akan Hasilkan iPhone 6.5 Inci Beresolusi 1241 x 2688

Perkhabaran mengenai Apple mahu menghasilkan iPhone dengan skrin besar bersaiz 6.5 inci bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia sudah mula dibualkan sejak tahun lalu lagi.

Kini, isu ini timbul semula dan itu turut diiringi dengan dua model lain. Bagi kalendar 2018 ini, tiga model baru disebut-sebut akan membuat kemunculan, satu model merupakan naiktaraf kepada iPhone X, satu model lain dengan skrin "paling besar dalam siri iPhone", dan sebuah lagi merupakan model yang akan dijual lebih murah.

Kapsyen: Imej yang didakwa sebagai skrin paparan iPhone X Plus keluaran dari LG di Vietnam.


Berkenaan dengan iPhone bersaiz besar itu, ia mungkin akan dikenali sebagai iPhone X Plus dengan skrin OLED yang menawarkan resolusi 1242 x 2688.

Selain itu, model yang ketika ini menggunakan nama kod D33 tersebut dikhabarkan akan menyediakan sokongan dwi kad sim, dilengkapi dengan cip A12 dan binaan kaca dibahagian belakang membolehkan pengecasan tanpa wayar.

Sumber: MacRumours