Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dilapor Akan Hadkan Kelajuan Kabel USB-C Yang Tidak Diperakui MFi

Apple Dilapor Akan Hadkan Kelajuan Kabel USB-C Yang Tidak Diperakui MFi

Diterbitkan Februari 28, 2023 · Dikemas kini Februari 28, 2023 oleh Amalina Athman

Bagi yang tidak sabar menantikan iPhone dengan sokongan port pengecasan USB-C, ianya hampir pasti akan menjadi kenyataan pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, peniris terkenal ShrimpApplePro memaklumkan bahawa pengguna mungkin perlu menggunakan kabel USB-C yang diperakui oleh Made for iPhone (MFi), untuk membolehkan ianya berfungsi sepenuhnya pada siri iPhone 15 kelak.

Berkaitan

  • Ura-Ura: Siri iPhone 15 Mungkin Tidak Menyokong Sepenuhnya Kabel USB-C Android
  • iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Warna Merah Gelap

Melalui ciapan di Twitter, ShrimpApplePro menyokong khabar angin sebelum ini dan mengatakan Foxconn telah melakukan pengeluaran besar-besaran bagi aksesori seperti EarPods dan kabel.

Yeah usb-c with MFI is happening
Foxconn already in mass production accessories like EarPods and cables pic.twitter.com/1ka9CRlY93

— ShrimpApplePro 🍤 ずっと真夜中でいいのに (@VNchocoTaco) February 28, 2023

Ditanya mengenai perbezaan di antara USB-C biasa dan yang diperakui MFi, beliau menjelaskan kabel USB-C tanpa perakuan MFi akan mempunyai had kelajuan pengecasan dan pemindahan data.

Cables w no MFI will be software limited in data and charging speed

— ShrimpApplePro 🍤 ずっと真夜中でいいのに (@VNchocoTaco) February 28, 2023

Untuk tujuan itu, Apple mungkin akan memuatkan authenticator chip (IC) pada kabel asal dan yang diperakui MFi.

Sumber: ShrimpApplePro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY