Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dikatakan Sedang Menghasilkan Alat VR Mereka

Apple Dikatakan Sedang Menghasilkan Alat VR Mereka

Diterbitkan April 30, 2018 oleh Wiser MY

Berita mengenai Apple sedang terlibat dengan pembangunan AR dan VR sudah kedengaran sebelum ini. Ia ditambah dengan beberapa pembelian syarikat oleh Apple Inc. yang terlibat dengan teknologi tersebut.

Setakat ini hanya iphone X yang menyertakan teknologi berkaitan pengecaman wajah dan boleh digunakan untuk menghasilkan animoji, emoji dalam rupa haiwan yang boleh mengikut setiap mimik muka pengguna mereka.

Mengikut CNET, Apple masih dalam perancangan untuk memperkenalkan produk sepertiĀ headset pada tahun 2020 dan produk tersebut merupakan produk pertama yang boleh didapati di dalam pasaran sekarang.

Apple Dikatakan Sedang Menghasilkan Alat VR Mereka

Perkara pertama yang ketara adalah peranti tersebut mungkin akan menawarkan resolusi sehingga 8K untuk setiap mata, resolusi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan televisyen utama sekarang. Pada masa yang sama, peranti tersebut tidak akan menggunakan sambungan wayar bagi membuatkannya berfungsi.

Sebagai contoh, alat VR ketika ini memerlukan sambungan berwayar ke komputer yang lebih canggih atau satu ‘beg’ yang perlu digalas oleh pengguna. Untuk resolusi pula, sistem VR menggunakan resolusi antara 1200 x 1200, satu angka yang lebih rendah untuk resolusi 8K.

Apple Dikatakan Sedang Menghasilkan Alat VR Mereka

Tim Cook sebelum ini pernah melahirkan keinginan untuk Apple Inc. menghasilkan sesuatu di dalam VR/AR tetapi teknologi sekarang membataskan Apple untuk berbuat demikian..

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY