Apple AirPods akan terjual lebih daripada 100 juta unit dalam tahun ini.
Penganalisis pasaran dari Counterpoint melaporkan bahawa mereka menjangkakan, Apple Inc akan terus mendominai pasaran peranti fon telinga tanpa wayar sepanjang tahun 2020 ini.
Kehadiran model AirPods Pro pada lewat Oktober 2019 lalu juga telah turut membantu gergasi teknologi itu mencatat peningkatan jualan yang konsisten dalam peranti fon telinga tanpa wayar sepanjang suku ke-4 tahun lalu.
Penguasaan AirPods dalam kategori pasaran peranti ini dicapai walupun Apple berdepan dengan masalah bekalan yang terhad bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap peranti itu.
Untuk tahun ini pula, penganalisis Counterpoint meramalkan Apple akan mampu menjual peranti fon telinga tanpa wayar mereka yang terdiri daripada AirPods dan AirPods Pro lebih daripada 100 juta unit.
Sekaligus terus mengekalkan kedudukan selesamereka dalam pasaran kategori peranti ini.
Sementara bagi penguasaan di kedudukan kedua pula akan menyaksikan persaingan sengit antara Xiaomi dan Samsung. Samsung hari ini baru sahaja memperkenalkan model terbaru fon telinga tanpa wayar Galaxy Buds+.
Berkaitan
- Samsung Galaxy Membuatkan Kami Lebih Gembira Berbanding iPhone - Pengguna A.S
- Huawei Tidak Lagi Menggunakan Komponen Dari A.S Dalam Produk Mereka
- 3 Ciri Yang Buatkan Samsung Galaxy A54 Calon 'Midrange' Terbaik Untuk Anda
- Pengguna Telefon Pintar Galaxy Terima Kemas Kini, Tampal 93 Kelemahan
- AMD Mengumumkan Cip Pemprosesan Generasi Ke-3 AMD Ryzen 9 Dengan 12 Teras
- Cip Pemprosesan Intel Rocket Lake Disahkan Akan Hadir Pada Suku Pertama 2021
- Selain Tambahan RAM, Ini 9 Perbezaan iPhone 15 Pro Max Dengan iPhone 14 Pro Max
- Apple Melepaskan Kemas Kini Tambahan Bagi Menambah Baik Ciri Keselamatan macOS, iOS 12 Dan watchOS 5
- Lebih 10 Ribu Aplikasi Android Dalam Telefon Pintar Samsung Galaxy Didakwa Dihadkan Prestasinya
- Astro Perkenalkan Ciri Profil Multipengguna Untuk Ultra & Ulti Box Dan Astro GO