Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Kini Didakwa Miliki Lebih Daripada 1 Bilion Pengguna Aktif iPhone

Samsung Galaxy Membuatkan Kami Lebih Gembira Berbanding iPhone – Pengguna A.S

Diterbitkan Jun 4, 2021 · Dikemas kini Jun 4, 2021 oleh ariff bukhari

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh ACSI (American Customer Satisfaction Index) mendedahkan telefon pintar iPhone keluaran Apple tidak lagi menggembirakan penggunanya di A.S

Sebaliknya telefon pintar kegemaran pengguna di sana kini adalah model telefon pintar dari Korea Selatan iaitu Samsung Galaxy.

Dapatan itu adalah hasil daripada kaji selidik yang melibatkan 21,189 pengguna telefon pintar di A.S.

Baca juga: Kemas Kini iOS 14.6 Buat Pengguna iPhone Naik “Hantu”

Keadaan ini jelas berbeza berbanding tahun lalu di mana pengguna A.S amat gembira dengan iPhone mereka.

Tetapi bagi tahun 2021, 5 teratas barisan model telefon pintar kegemaran pengguna di A.S yang menerima undian ACSI sebanyak 85 mata adalah Samsung Galaxy Note10+,  Galaxy S10+, Galaxy S20+, Galaxy S20 dan Galaxy A20.

Ia diikuti oleh model Samsung Galaxy S20 dan Galaxy A20 dengan masing-masing menerima sebanyak 84 dan 83 mata undian ACSI.

Sementara barisan model iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max, iPhone X, dan iPhone XS Max hanya menerima undian ACSI sebanyak 82 mata sahaja.

Sumber: ACSI, ZDNet

Baca juga: Sabar, Batalkan Dulu Hajat Beli iPhone 12 Tu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY