Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lebih 10 Ribu Aplikasi Android Dalam Telefon Pintar Samsung Galaxy Didakwa Dihadkan Prestasinya

Posted on Mac 3, 2022Mac 3, 2022

Seorang YouTuber dari Korea Selatan baru-baru ini mendakwa bahawa Samsung telah mengurangkan prestasi ribuan aplikasi yang dipasang dalam barisan telefon pintar Samsung Galaxy mereka.

YouTuber itu mendakwa, Samsung membangunkan aplikasi khusus untuk tujuan itu yang dikenali sebagai ‘Game Optimization Service‘ (GOS) yang tersedia dipasang dalam kebanyakkan model telefon pintar Galaxy.

Aplikasi-aplikasi Android yang terkesan dengan aplikasi itu pula didakwa turut menjejaskan aplikasi Google dan juga aplikasi dari Samsung sendiri.

Seorang pengguna Twitter bernama GaryeonHan mendakwa, berdasarkan kepada komuniti teknologi Korea terdapat lebih daripada 10,000 aplikasi Android yang terkesan dengan aplikasi GOS itu.

Samsung created an app called GOS and used the app to limit game performance, making the gaming experience worse. However, according to what the Korean community found out today, Samsung confirmed that it has put performance limits on more than 10,000 apps… pic.twitter.com/U58AreZZoo

— 한가련 (@GaryeonHan) March 2, 2022

Berdasarkan kemas kini terbaru yang dilaporkan oleh laman Android Authority, pihak Samsung telah respon kepada dakwaan tersebut dan akan menyiasat perkara itu.

Samsung juga dikhabarkan akan mengeluarkan satu kenyataan media khas berkenaan dakwaan ini.

Sumber: Android Authority

Baca juga:

  • Saham Samsung Jatuh Tergolek, MediaTek Masih Pegang Pasaran Global
  • Rasmi Apple Akan Adakan Acara Pelancaran Minggu Hadapan, Kemungkinan Lancarkan 2 Peranti
  • Sebab Model 4G Tak Dapat Sambutan, Redmi Akan Lancar 2 Model 5G Esok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress