Apple Cuba Untuk Kurangkan Kos iPhone 12 Dengan Rekaan Perkakas Dalaman Lebih Ringkas

Tahun ini, Apple akan menyertakan teknologi rangkaian 5G untuk siri iPhone 12 mereka. Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan kos penghasilan telefon dengan kelengkapan teknologi yang lebih maju.

Salah satu cara untuk Apple kurangkan harga siri iPhone 12 kelak adalah dengan menggunakan rekaan perkakas dalaman yang lebih ringkas. Menurut laporan dari Ming-Chi Kuo, pada siri iPhone 12 kelak, Apple akan menggunakan rekaan bateri dan juga litar baharu yang lebih kecil, ringkas serta kurang berlapis.

Dikatakan segala perkakasan ini adalah 40%-50% lebih kecil berbanding dengan yang terdapat pada siri iPhone 11 sekarang.

Untuk iPhone tahun 2021 pula, Apple akan lebih agresif untuk cuba menurunkan harga dengan rekaan litar sehingga 30%-40% lebih kecil.

Tambahan pula, Apple sebelum ini juga dilaporkan tidak lagi akan menyertakan kepala pengecasan pada siri iPhone 12.

Kelihatannya Apple cuba sedaya upaya untuk menurunkan harga iPhone 12. Seperti yang kita tahu, telefon pintar Android mengalami kejutan harga disebabkan kelengkapan 5G juga.

Sumber: Macrumors