Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Beri Amaran Kepada Pengguna Di 92 Negara Tentang Ancaman Serangan Perisian Intip

Apple Beri Amaran Kepada Pengguna Di 92 Negara Tentang Ancaman Serangan Perisian Intip

Diterbitkan April 13, 2024 oleh ariff bukhari

Apple telah menghantar notifikasi kepada pengguna iPhone di 92 negara ekoran ancaman serangan perisian intip yang menyasarkan khusus kepada pengguna produk Apple melalui Apple ID.

Dalam notidikasi yang dihantar kepada pelanggan mereka yang terjejas itu ditulis, “Apple mengesan bahawa anda sedang disasarkan oleh serangan perisian intip yang cuba menjejaskan iPhone dari jauh yang dikaitkan dengan Apple ID anda -xxx-,”

“Serangan ini berkemungkinan menyasarkan anda secara khusus kerana siapa anda atau apa yang anda lakukan. Walaupun tidak mungkin untuk mencapai kepastian mutlak apabila mengesan serangan sedemikian, Apple mempunyai keyakinan tinggi terhadap amaran ini — sila ambil perhatian serius,” tambah Apple dalam teks itu.

Susulan daripada amaran yang dikeluarkan itu, Pusat Koordinasi dan Bilik Kawalan Siber Nasional (NC4) juga turut respon dengan menyatakan serangan seperti ini dianggap antara ancaman digital paling maju dalam era ketika ini, susulan kos yang tinggi, persekitaran yang sofistikated serta kemampuan memberi kesan di peringkat global.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia dinasihat untuk melaksanakan langkah pencegahan seperti melakukan proses kemas kini perisian, melindungi peralatan dengan kod laluan, hanya memuat turun perisian dari stor Apple, dan elakkan diri daripada klik lampiran atau pautan yang mencurigakan.

Sumber: Astro Awani, Tech Crunch, Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY