Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Bayar Balik RM 240 Kepada Pengguna iPhone Yang Menukar Bateri Sepanjang Tahun Lepas

Apple Bayar Balik RM 240 Kepada Pengguna iPhone Yang Menukar Bateri Sepanjang Tahun Lepas

Diterbitkan Mei 25, 2018 · Dikemas kini Mei 25, 2018 oleh Haikel Areff

Apple Inc. (Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membayar balik sebahagian kos penggantian bateri peranti iPhone kepada pelanggan mereka. Mereka mendakwa akan menghubungi penerima yang layak melalui kiriman e-mel sehingga 27 Julai ini.

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa pengguna model iPhone yang terdahulu mengalami penurunan prestasi selepas mengemaskini kepada iOS terbaru. Kos gantian bateri untuk peranti iPhone SE, iPhone 6 dan ke atas adalah RM 399 sebelum harga ini dikurangkan kepada RM 129 pada 28 Disember 2017.

Apple Bayar Balik RM 240 Kepada Pengguna iPhone Yang Menukar Bateri Sepanjang Tahun Lepas

Akan tetapi, pemulangan wang ini hanya akan diberikan kepada pengguna peranti iPhone 6 dan ke atas serta yang melakukan gantian bateri di pusat servis yang diiktiraf dalam tempoh 1 Januari – 28 Disember 2017 sahaja. Antara pusat servis yang dinyatakan ialah  Apple Store, pusat baik pulih Apple  atau mana-mana pembekal perkhidmatan sah Apple.

Bagi mereka yang tidak mendapat e-mel daripada pihak Apple selepas 1 Ogos, namun percaya bahawa mereka layak untuk mendapat wang mereka kembali, adalah dinasihatkan untuk menghubungi Apple dengan kadar yang segera sebelum hujung tahun ini. Namun mereka perlu mengemukakan bukti bahawa mereka telah menukar bateri peranti mereka di pusat Apple yang sah.

Bagaimanapun, tuntutan kembali wang ini hanya dibenarkan kepada mereka yang menukar bateri selepas tempoh jaminan tamat sahaja. Ini bermakna, mereka yang menukar bateri peranti ketika masih dalam tempoh jaminan tidak layak untuk menuntut RM 240 daripada pihak Apple.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
  • Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi Pertama Malaysia Dibina Di Pulau Pinang
  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
  • Google Didapati Pautkan Nombor Telefon Kepada Semua Akaun Secara Automatik
  • Apple Bakal Perkenal Produk Baharu Minggu Depan - MacBook Pro Skrin Sentuh Antara Yang Dijangka
©2026 WISER.MY