Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Akui Beberapa Model iPhone 12 Mempunyai Masalah Kesan Warna Hijau Pada Skrin

Apple Akui Beberapa Model iPhone 12 Mempunyai Masalah Kesan Warna Hijau Pada Skrin

Diterbitkan November 19, 2020 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, beberapa pengguna iPhone 12 telah mengadu peranti milik mereka mempunyai masalah pada skrin dengan kesan warna hijau. Lanjutan itu, Apple telah mengakui beberapa model iPhone 12 mempunyai masalah termasuk kerlipan, kesan warna hijau atau kelabu serta variasi pencahayaan dalam beberapa keadaan.

iPhone 12 green tint

Dalam dokumen yang dikongsi Penyedia Perkhidmatan Sah Apple pada minggu ini, Apple mengatakan bahawa pihaknya telah maklum berhubung isu berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Apple menasihatkan mana-mana juruteknik agar tidak melakukan sebarang servis terhadap iPhone yang terjejas, sekurang-kurangnya buat masa ini. Apple turut meminta pengguna untuk mengemaskini iPhone mereka dengan versi iOS yang terkini.

Ini bermakna, masalah ini mungkin dapat diselesaikan melalui kemas kini perisian akan datang.

Jika diimbas kembali, isu kesan warna hijau ini bukanlah perkara baharu. Terdahulu, iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max turut berhadapan masalah yang sama, di mana ia kemudiannya dibaikpulih melalui kemas kini iOS 13.6.1.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY