iPhone 12 Dilaporkan Mempunyai Masalah Kesan Warna Hijau Pada Skrin

Apple telah melancarkan empat model iPhone 12 pada bulan lalu. Terbaru, beberapa pengguna iPhone 12 kini melaporkan peranti itu mempunyai masalah pada skrin dengan kesan warna hijau. Secara khususnya, kesan hijau tersebut muncul pada sekeliling skrin dan lebih kelihatan dalam keadaan yang gelap.

kesan hijau iPhone 12

Masalah tersebut bukanlah kes yang terpencil. Ia berikutan, ramai pengguna iPhone 12 mengadu masalah yang sama, walaupun setelah digantikan model yang baharu.



Menurut laporan dari media Korea Selatan, Apple baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan, di mana ia menyatakan laporan kes telah diterima dan kini dalam siasatan pihaknya.

Dalam pada itu, iPhone 12 mini sebelum ini turut dilaporkan mempunyai masalah pada kunci skrin.

Sumber: ithome