Temui pepijat pada ekosistem Apple? Laporkannya dan terima habuan anda.
Apple Inc. telah pun memulakan program ganjaran pepijat kepada pada para penyelidik keselamatan aka penggodam baik dengan menawarkan wang ganjaran tertinggi USD100,000 jika mereka menemui sebarang pepijat pada sistem storan awan iCloud.
Selain itu, jumlah ganjaran yang sama juga turut akan diberikan pada mereka yang berjaya menemui kecacatan keselamatan pada peranti seperti melepasi ciri kunci skrin dan serangan terhadap data privasi pengguna menerusi pemasangan aplikasi pada peranti.
Malah Apple juga turut memberikan ganjaran berjumlah USD 150,000 kepada mereka yang berjaya mengeksploitasi kod kernel peranti serta serangan menerusi rangkaian terhadap data sensitif.
Setiap laporan penemuan pepijat yang dihantar kepada Apple mestilah lengkap dan terperinci seperti langkah-langkah penggodaman serta informasi yang dapat membantu Apple memperbetulkan setiap isu yang dilaporkan.
Pada Ogos lalu, Apple telah pun mengumumkan bahawa mereka akan membayar sehingga USD1 juta jika penyelidik berjaya mencari sebarang kecacatan kritikal pada sistem operasi iOS.
Sumber: Cnet
Berkaitan
- Apple Cuba Menghalang Pendaftaran Tanda Dagang Logo Prepear
- Ini Senarai 11 Aplikasi Dan Permainan Terbaik Untuk iPhone, iPad, Apple TV, Apple Watch Dan Mac 2022
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 13.1.3 Dan iPadOS 13.1.3
- Apple Labur Lebih RM2.1 Bilion Untuk Ciri Satelit SOS iPhone 14 Dan iPhone 14 Pro
- Apple Dinobat Sebagai Syarikat Paling Dikagumi Di Dunia
- Apple Tidak Lagi Menawarkan Model iPhone 7, iPhone XS dan XS Max Di laman Apple Store
- 7 Pembekal Apple Di China Didakwa Ada Kaitan Dengan Program Buruh Paksa Umat Islam Uyghur
- Apple Membuang Ruang "Ratings & Reviews" Dari Stor Atas Talian
- Lebih 1.6 Juta Permohonan Aplikasi Baru Di Tolak Apple Pada 2022
- Stor Apple Malaysia Tawar Aksesori Tali Jam Baru Untuk Apple Watch