Connect with us

Berita

Apple Menawarkan Ganjaran Sehingga USD1 Juta Jika Anda Berjaya Menggodam iPhone

ariff bukhari

Ditulis

pada

Juga eksploitasi terhadap sistem operasi peranti mereka yang lain.

Apple di persidangan Black Hat 2019 mengesahkan, mereka akan menawarkan ganjaran sehingga USD 1 juta kepada para penyelidik keselamatan aka penggodam yang berjaya mengeksploitasi kernel sistem iOS.

Ia disahkan sendiri oleh Ketua Jurutera Keselamatan dan Arkitektur Apple, Ivan Krstic.

Tidak setakat itu, Apple juga akan memberikan peranti khas iPhone yang sama digunakan oleh Apple dalam proses pembangunan peranti tersebut kepada penyelidik yang menyertai Apple Security Program.

“We wanted to attract those researchers who have been focusing their time on other platforms. Today, they tell us that they look at our platforms and want to do research but the bar is too high. They would first have to have full chain just to boostrap their research. We also feel like existing iOS researchers should not have to hold back chains to be able to continue their research.” Ivan Krstic.

Tidak setakat itu, Apple juga kini turut menawarkan ganjaran kepada mereka yang berjaya menemui kelemahan keselamatan pada sistem operasi peranti mereka yang lain termasuklah macOS, tvOS, watchOS dan iPadOS.

Malah mereka juag menawarkan ganjaran terhadap mereka yang menemui kecacatan pada versi OS Apple yang masih dalam peringkat pembangunan (beta).

“We’re going one step further. In certain pre-release builds, like beta release builds that we make available to our developers — that we designate — any vulnerabilities that are discovered in those pre-release builds which were not introduced prior and were reported to us before that operating system goes out to customers, we will offer a 50% bonus on top of all of those payouts.” Ivan Krstic.

Sumber: Search Security

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular