Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acara Khas Apple Dijangka Akan Berlangsung Minggu Depan

7 Pembekal Apple Di China Didakwa Ada Kaitan Dengan Program Buruh Paksa Umat Islam Uyghur

Diterbitkan Mei 12, 2021 · Dikemas kini Mei 12, 2021 oleh ariff bukhari

Menurut laporan terbaru, 7 pembekal Apple di dakwa mempunyai kaitan dengan program buruh paksa di China yang turut melibatkan umat Islam Uyghur.

Dakwaan itu muncul selepas dilaporkan oleh laman The Information hasil siasatan yang dijalankan mereka.

Malah program buruh paksa itu juga melibatkan daerah Xinjiang yang lain.

Antara pembekal Apple yang dinamakan dalam laporan itu adalah seperti Avary Holding iaitu pembekal yang menghasilkan papan litar bagi peranti Apple dan Shenzhen Deren Electronic iaitu pembekal yang menghasilkan antena dan kabel dalaman bagi produk-produk Apple.

Dianggarkan sekitar 400 sehingga 1000 pekerja di 2 syarikat tersebut diambil dari daerah Xinjiang.

Turut dinamakan dalam laporan itu adalah Lens Technology iaitu syarikat yang membekalkan kaca bagi produk iPhone milik Apple yang didakwa menerima 600 pekerja mereka dari daerah Xinjiang sejak dari tahun 2018 lagi.

Sebelum ini Apple pernah berdepan dengan dakwaan sama dan menafikan menggunakan buruh paksa bagi pengeluaran produk-produk

Tetapi untuk dakwaan terbaru ini, masih belum ada  sebarang respon dari pihak Apple.

Selain Apple, The Information dalam laporan mereka itu juga mendakwa, beberapa syarikat gergasi teknologi lain termasuklah Amazon, Google, Microsoft dan Facebook turut mempunyai kaitan dengan pembekal-pembekal yang menggunakan buruh paksa dari daerah tersebut.

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY