Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple store

Apple Membuang Ruang “Ratings & Reviews” Dari Stor Atas Talian

Diterbitkan November 23, 2019 oleh ariff bukhari

Akan sedikit menyukarkan bakal pembeli produk Apple membuat keputusan membeli. 

Sejak seminggu lalu, Apple didapati telah membuang ruang review pembeli yang pernah  membeli produk-produk Apple, khususnya aksesori-aksesori Apple dari laman stor atas talian mereka.

Ia mula dilaporkan oleh laman Apple Insider yang menyedari akan ketiadaan lagi ruang Ratings & Reviews pembeli yang pernah wujud sebelum ini.

Jika sebelum ini, pada ruang laman stor atas talian Apple akan dipaparkan ruang Product Information, Compatibility, Ratings & Reviews dan Questions & Answers. Tetapi kini ia hanya memaparkan Product Information, Compatibility dan Questions & Answers sahaja.

Bermakna, kesemua review yang pernah dibaut oleh pembeli produk-produk Apple sebelum ini tiada lagi dipaparkan. Sekaligus menyukarkan bakal pembeli lain mendapatkan pandangan pengguna yang pernah membeli produk tersebut  bagi mengetahui adakah ia berkualiti atau sesuai untuk mereka.

Apple setakat ini masih tidak memberikan penjelasan berhubung tindakan mereka membuang ruang Ratings & Reviews itudari laman stor mereka. Tetapi dipercayai tindakan tersebut dibuat kerana kebanyakkan pengguna memberikan review negatif terhadap produk Apple pada ruang tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY