Pendaftaran tersebut dibuat pada Januari 2017 dahulu.
Walaubagaimanapun dilaporkan bahawa gergasi teknologi dunia, Apple Inc. telah mencelah dalam pemfailan tanda dagang oleh syarikat tersebut sebagai percubaan untuk menghalang pendaftaran tanda dagang yang menggunakan logo buah Pear itu.
Dalam pemfailan menentang pendaftaran logo itu, Apple menyatakan bahawa logo buah Pear oleh Syarikat Prepear itu mempunyai persamaan dengan logo Apple Inc.
"Consumers encountering Applicant's Mark are likely to associate the mark with Apple. Applicant's Mark consists of a minimalistic fruit design with a right-angled leaf, which readily calls to mind Apple's famous Apple Logo and creates a similar commercial impression." Apple.
Susulan daripada tentangan yang diterima Apple, Prepear kini telah melancarkan petisyen di laman Change.org bagi mendapatkan sokongan orang ramai untuk sama menentang tindakan Apple tersebut.
Sasaran petisyen tersebut adalah bagi mendapatkan sokongan daripada 50,000 orang. Setakat semakan terakhir dibuat, petisyen yang dilancarkan itu kini sudah menerima sokongan lebih daripada 35,000 orang.
Sumber: MacRumors
Berkaitan
- Selepas 1 Julai Ini, Aplikasi Permainan Pokémon GO Tidak Lagi Boleh Dimainkan Pada Peranti Apple Watch
- Apple Dan Google Membuang 3 Aplikasi 'Dating' Ini Kerana Pengguna Boleh Terdedah Kepada Pemangsa Seksual
- Cip Pemprosesan Apple A13 Bionic Jauh Mengatasi Prestasi Snapdragon 855+
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 12.3.2
- Kedudukan Tunai Di Tangan Apple Menyusut Kepada USD102 Bilion
- Teknik "Penyembelih Khinzir" Diguna Bagi Menyelinap Masuk 3 Aplikasi Ini Ke Dalam Stor Apple Dan Google
- Apple Dilaporkan Melarang Pembekal Mereka Label "Made in Taiwan" Pada Produk
- Apple Dilaporkan Menyiasat Kebocoran Skematik CAD Produk Mereka
- Twitter Kini Menyokong Ciri Live Photos Yang Diperkenalkan Apple Pada 2015 Dahulu
- Samsung Pintas Apple Terajui Telefon Pintar Dunia Dengan Huawei Bangkit Semula