Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Akan Cuba Memperbaiki Isu Bateri Yang Bermasalah Dengan Kemaskini iOS

Apple Akan Cuba Memperbaiki Isu Bateri Yang Bermasalah Dengan Kemaskini iOS

Diterbitkan Disember 6, 2016 · Dikemas kini Disember 6, 2016 oleh Helmi Samsuri

Sejak beberapa minggu yang lepas, terdapat aduan daripada pengguna iPhone mengenai isu bateri telefon mati dengan sendirinya walaupun kuasa bateri masih berbaki 30%.

Apple pertama kali menyedari masalah ini pada penghujung November dimana mereka menyatakan ia melibatkan sebahagian kecil model iPhone 6s. Syarikat tersebut juga ada menyediakan program penukaran bateri secara percuma terhadap penggunan yang menghadapi masalah itu.

Walaubagaimanapun, masalah tidak terhenti disitu kerana aduan yang diterima semakin bertambah dan ia juga melibatkan model selain 6s. Seperti contoh Apple Store yang bertempat di Manhattan, Amerika Syarikat, mengenalpasti hampir 80% telefon yang bermasalah adalah disebabkan dari pepijat. Ia melibatkan model-model lain dan bukan sekadar 6s sahaja.

Sebelum ini, Apple ada memberi kenyataan bahawa masalah hanya dihadapi model 6s yang dikilangkan antara bulan September dan Oktober 2015. Dilaporkan “udara persekitaran” masuk berlebihan kedalam komponen bateri semasa proses pembuatan.

Dalam kenyataan terbaru dari Apple, mereka mengakui sebilangan kecil pengguna lain turut dikesan mengalami masalah bateri mati dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, syarikat itu tidak akan mengadakan program penukaran bateri secara percuma kerana mereka akan cuba memperbaikinya dengan kemaskini iOS yang akan datang.

Jadi bagi pemilik iPhone yang turut mengalami isu bateri mati dengan sendiri ini boleh menunggu sedikit masa lagi untuk mengemaskini telefon anda yang mungkin bermasalah disebabkan gangguan pepijat dalam perisian.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY