Aplikasi Yang Dibawakan Lyrebird Ini Bakal Membawa Lebih Banyak Fitnah

Selama bertahun-tahun, peguam perbicaraan terpaksa berurusan dengan imej palsu dicipta dengan Photoshop. Hari ini, kita dapat lihat banyak penipuan gambar berkembang di seluruh dunia kerana teknologi.

Tahun lepas produk baru oleh Adobe bernama Voco diperkenalkan dengan keupayaan untuk meniru dan mengubah rakaman suara. Teknologi baru yang ditampilkan ini tersangatlah cool namun tidak dapat disangkal ianya membawa lebih banyak kemudaratan.

Tahun ini hadir pula aplikasi yang sama daripada syarikat Lyrebird. Lyrebird merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan suara seperti burung, penggera kereta sehinggalah bunyi shutter kamera.

1493036338_lyrebird_story

Aplikasi yang dibawakan oleh Lyrebird ini mampu meniru suara sesiapa sahaja dengan hanya rakaman 1 minit. Berbeza dengan VoCo yang perlu merakam suara sekurang-kurangnya 20 minit audio asal sebelum mampu meniru sebijik vokal, tone, getaran, dan nada suara.

Kedua-dua aplikasi ini mampu menggunakan suara anda untuk memperkatakan sesuatu yang baru. Misalnya, dengan menggunakan aplikasi ini saya dapat merakam suara Siti Nurhaliza dan menggunakan suara Siti untuk bercakap apa sahaja yang saya tulis dalam aplikasi tersebut.

Lyrebird mengatakan bahawa dalam satu minit, mereka boleh "memampatkan DNA suara ke dalam kunci unik [dan] menggunakan kekunci ini untuk menjana apa-apa perkataan dengan suara asal. Aplikasi ini juga mampu mengawal emosi perbualan suara yang dihasilkan, marah, simpati, tekanan, dan emosi lain.

Bayangkan suara anda boleh ditiru dan diubah suai? Bukankah ini akan memberikan peluang kepada orang lain untuk mengeluarkan fitnah?  Bukti rakaman suara juga tidak akan legit di mahkamah pada masa akan datang kerana ianya boleh disunting seperti gambar.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=XfcqBElF0ZI[/embed]

Sumber

 

 

Berkaitan