Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Sarahah- Jom Kenali Aplikasi Pemesejan Anonymous Yang Kian Meningkat Naik

Aplikasi Sarahah- Jom Kenali Aplikasi Pemesejan Anonymous Yang Kian Meningkat Naik

Diterbitkan September 26, 2017 · Dikemas kini September 26, 2017 oleh Haikel Areff

Pernah tak dengar pasal aplikasi Sarahah? Sejenis aplikasi yang menjadi sebutan semenjak beberapa bulan yang lepas. Sarahah menjadi aplikasi percuma yang paling banyak dimuat turun di iOS App Store dan yang kedua di Google Play, mengalahkan aplikasi dari syarikat gergasi seperti Facebook, Youtube dan Netflix.

Pertama sekali, apakah itu aplikasi Sarahah?

Sarahah merupakan sejenis aplikasi pemesejan “anonymous” yang semakin popular. Sejurus pengguna mendaftar, anda boleh meletakkan pautan di mana-mana laman media sosial supaya rakan anda boleh menghantar mesej tanpa anda mengetahui siapa penghantarnya.

Aplikasi Sarahah- Jom Kenali Aplikasi Pemesejan Anonymous Yang Kian Meningkat Naik

Penciptanya Zain al-Abidin Tawfiq memberitahu laman Mashable, dia pada mulanya hanya mahu memberi peluang kepada perkerja yang malu atau takut untuk bersuara dengan bos mereka. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk membawakan aplikasi ini kepada semua pengguna secara global.

Anda juga mungkin pernah dengar tentang aplikasi yang sama seperti ask.fm dan sayat.me. Aplikasi ini juga beroperasi dengan tujuan yang sama, kenalan anda di internet dapat menghantar mesej secara anonymous tanpa anda mengetahui siapa penghantarnya.

Aplikasi Sarahah- Jom Kenali Aplikasi Pemesejan Anonymous Yang Kian Meningkat Naik

Cuma berbeza dengan Sarahah, anda tidak boleh memberi mesej balas kepada penghantar. Aplikasi seperti ini turut mendatangkan keraguan terutamanya golongan ibu-bapa yang khuatir dengan gejala cyberbullying terhadap anak muda khususnya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
©2026 WISER.MY