K.O.F untuk orang perempuan.
Pembangun permainan popular, SNK akhirnya melancarkan judul permainan popular mereka dari legasi terdahulu iaitu King of Fighters for Girls (K.O.F.F.G). Cuma bezanya adalah sepertimana judul permainan tersebut, versi King Of Fighters aka K.O.F ini adalah khusus untuk kaum hawa.
K.O.F merupakan salah satu judul permainan paling popular dibangunkan SNK yang pernah menjadi kegilaan anak muda remaja pada lewat 90an yang kerap memainkannya di mesin arked suatu ketika dahulu.
Latar cerita pemain K.O.F.F.G akan mewakili seorang wanita yang sedang mencari kerja di pusat gym di mana karektor-karektor utama K.O.F.F.G ini pergi berlatih dan bersenam.
Pemain bertanggungjawab mengurus dan melatih karekter yang dipilih untuk persediaan menyertai pertandingan seni bela diri. Antara karekter-karekter lejen K.O.F yang ditawarkan bagi versi perempuan ini termasuklah Kyo Kusanagi, Iori Yagami, Benimaru Nikaidou, Shingo Yabuki, Andy Bogard, K’ dan ramai lagi.
Walaubagaimanapun buat masa ini, K.O.F.F.G hanya ditawarkan di Google Play Store dan App Store di Jepun sahaja.
https://www.youtube.com/watch?v=jbA0FHpq8CY
Sumber: GamerBraves
Berkaitan
- Realme India Mengesahkan Model Realme 1, U1, C1 Dan Realme 2 Tidak Menerima Kemas Kini ColorOS 7 Dan Android 10
- Nak Buang Aplikasi MySejahtera? Eh, Nanti Dulu
- Jumlah Penduduk Dunia Yang Sudah Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Setakat Ini
- 3 Ciri Baru Menarik Yang Dijangka Akan Diterima Pengguna Aplikasi WhatsApp Tahun Hadapan
- Kesilapan Kemas Kini iOS 12.4 Menyebabkan Penggodam Dengan Mudah Menghasilkan Versi Terbaru 'Jailbreak' Untuk iPhone
- Pengguna Peranti Sistem KaiOS Kini Boleh Membuat Panggilan Audio WhatsApp
- Ini Adalah Senarai Aplikasi Yang Paling Banyak 'Memakan' Bateri Telefon Pintar Anda
- 9 Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Data Log Masuk Dan Kata Laluan Facebook
- Dapatkan Pulangan Tunai Sehingga RM20 Dari Digi Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
- Batal Langganan Dan Buang Segera 5 Aplikasi ChatGPT Palsu Ini Dari Peranti