Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 12 Diperkenalkan Pada WWDC 2018 – Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya

Kesilapan Kemas Kini iOS 12.4 Menyebabkan Penggodam Dengan Mudah Menghasilkan Versi Terbaru ‘Jailbreak’ Untuk iPhone

Diterbitkan Ogos 20, 2019 · Dikemas kini Ogos 20, 2019 oleh ariff bukhari

Kesilapan Apple menyebabkan pengguna iOS terdedah kepada isu penggodaman.

Apple dilaporkan secara tanpa sedar telah membuka semula peranti iOS kepada ‘jailbreak‘. Walhal mereka sebelum ini telah menutup kelemahan keselamatan iOS yang membolehkan pengguna melakukan jailbreak.

Ia didedahkan hari ini oleh enyelidik keselamatan bahawa kesilapan yang dilakukan Apple terhadap kemas kini iOS 12.4 telah menyebabkan penggodam dengan mudah menghasilkan ‘jailbreak‘ terbaru untuk peranti iOS.

Tidak setakat itu, aplikasi yang dimuat turun dari AppStore juga berkemungkinan mengandungi salinan jailbreak di dalamnya.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap aplikasi yang dimuat turun mereka dari AppStore.

Ketika ini, kesemua peranti Apple yang menggunakan versi sistem operasi iOS 12 terbaru atau mana-mana versi iOS12.3 dan ke bawah dipercayai terkesan dengan isu ini.

Penemuan kecacatan ini ditemui oleh penggodam Pwn20wnd minggu ini sekaligus memudahkan mereka menghasilkan versi jailbreak untuk iOS terbaru dan disebarkan secara terbuka kepada pengguna.

Penyelidik menjelaskan,

“somebody could make a perfect spyware taking advantage of Apple’s mistake. For example, a malicious app could include an exploit for this bug that allows it to escape the usual iOS sandbox—a mechanism that prevents apps from reaching data of other apps or the system—and steal user data.”

Thank you for your hard work 🙌🏾@Pwn20wnd Im so fuckin lit with this jailbreak! iOS 12.4 iPhone 7 Plus successful! 📲✅ pic.twitter.com/EpFoTm6drV

— 💎Yosy Rosales💎🇨🇷 (@yosy1692) August 19, 2019

Walaupun terdapat sebahagian pengguna iOS yang lebih gemar melakukan jailbreak ke ats peranti iOS mereka, tetapi suka penulis nasihatkan supaya pengguna iPhone, iPad dan iPod touch tidak melakukan jailbreak ke atas peranti mereka kerana ia akan mendedahkan penggunanya kepada isu penggodaman.

Sumber: Motherboard

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY