Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perlukah Mengecas Bateri Peranti Pintar Sehingga 8 Jam Selepas Membelinya?

Ini Adalah Senarai Aplikasi Yang Paling Banyak ‘Memakan’ Bateri Telefon Pintar Anda

Diterbitkan Mei 22, 2021 oleh ariff bukhari

Pelbagai aplikasi yang dipasang untuk digunakan di dalam telefon pintar memang menyenangkan untuk melakukan pelbagai perkara seperti sembang sosial, perbankan, menonton video, menyunting dan memuat naik gambar dan video serta banyak lagi.

Walaubagaimanapun, tanpa anda sedari, terdapat aplikasi-aplikasi yang secara diam-diam menggunakan kuasa bateri lebih tinggi berbanding aplikasi-aplikasi lain.

Ini sekaligus menyebabkan bateri telefon pintar anda lebih cepat habis sehingga anda terpaksa kerap mengecas peranti tersebut dalam sehari walau tidak lama menggunakannya.

Berdasarkan kepada kaji selidik yang dijalankan oleh laman analisis pCloud, aplikasi-aplikasi sosial tersenarai sebagai 20 aplikasi teratas yang paling banyak menggunakan kuasa bateri peranti pintar.

Antaranya termasuklah aplikasi Facebook, BIGO LIVE, Instagram, Tinder, Snapchat dan WhatsApp.

Berikut adalah 50 aplikasi yang dikesan paling banyak menggunakan kuasa bateri peranti pintar menurut pCloud:-

Ini Adalah Senarai Aplikasi Yang Paling Banyak ‘Memakan’ Bateri Telefon Pintar Anda

Bagi menyemak aplikasi manakah yang paling banyak menggunakan kuasa bateri dalam peranti pintar anda, anda boleh melihatnya menerusi tetapan dan pilih bateri.

WhatsApp Image 2021-05-22 at 08.19.37

Sumber: pCloud

Baca juga:-

6 Powerbank Yang Ada Sokongan Pengecasan Wireless

Guna Rangkaian 5G Jadikan Bateri Telefon Lebih Cepat Habis?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY