Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Opera Max Dihentikan Perkhidmatannya

Aplikasi Opera Max Dihentikan Perkhidmatannya

Diterbitkan Ogos 15, 2017 oleh Helmi Samsuri

Diperkenalkan 3 tahun yang lalu, kini aplikasi Opera Max sudah sampai ke penghujungnya apabila Opera mengambil keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan itu lagi.

Tujuan awal aplikasi itu dibangunkan adalah memberi penjimatan kepada pengguna ketika melayari internet atau menonton video. Disebabkan syarikat itu kini lebih memberi fokus terhadap pelayar web dan servis yang lain, mereka sebulat suara untuk menghentikan kemaskini aplikasi itu.

Aplikasi itu turut dipadam pada senarai platform muat turun Google PlayStore, dan bagi pengguna sedia ada, syarikat berjanji untuk mengekalkan perkhidmatan buat beberapa ketika sebelum tempoh penamatan diumumkan kelak.

Selain itu, pelayar utama Opera sudah mempunyai ciri penjimatannya sendiri dan sudah pasti Opera Max tidak relevan lagi untuk ditawarkan kepada pengguna.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY