Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_MYTV nov

Aplikasi ‘MyTV Mana-Mana’ Diperluas Dalam IHU Kenderaan – Fahmi

Diterbitkan November 26, 2024 · Dikemas kini November 26, 2024 oleh Amalina Athman

Perkhidmatan aplikasi penstriman MYTV Mana-Mana kini diperluaskan kepada Infotainment Head Unit (IHU) bagi kereta Proton siri-X, bermula dengan Proton X70.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kemudahan yang merupakan hasil kerjasama MYTV, Aco Tech dan Proton ini mencatatkan satu lagi sejarah dalam industri penyiaran negara dengan menyediakan akses mudah alih kepada siaran TV Digital MYTV melalui pelbagai peranti digital.

Beliau berkata inisiatif baharu MYTV itu memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi penyiaran negara, dengan capaian MYTV di platform terrestrial DTT kini mencecah 7.5 juta penonton.

Seperti peralihan daripada cakera padat (CD) ke muzik digital, IHU adalah langkah seterusnya yang bakal menggantikan kaedah penerimaan siaran radio FM melalui radio frekuensi.

Fahmi berkata sebelum ini MYTV telah memperkenalkan platform MYTV Mana-Mana dalam kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) , yang menawarkan pengalaman baharu kepada penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) di koc kelas perniagaan untuk mengakses siaran TV Digital MYTV secara mudah alih.

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat kewajaran untuk memperluaskan aplikasi itu termasuk untuk pengguna di dalam pesawat.

Katanya lagi, pihak MYTV dan Radio Komersial Malaysia (CRM) juga akan mengaturkan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk membincangkan penyediaan aplikasi tersebut dalam IHU kenderaan, termasuk kenderaan elektrik (EV).

Berkaitan

  • MYTV Lancar Servis Penstriman Percuma "MYTV Mana-Mana"
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Netflix Dan Viu Platform Penstriman Berbayar Paling Popular Di Malaysia
  • Max Kini Tersedia Di Malaysia, Langganan Bermula RM34.90/Bulan

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
©2026 WISER.MY