Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MyBSN Gantikan BSNSecure – Keperluan Minimum iOS 15, Android 11

Aplikasi MyBSN Gantikan BSNSecure – Keperluan Minimum iOS 15, Android 11

Diterbitkan Jun 4, 2024 · Dikemas kini Jun 5, 2024 oleh Amalina Athman

Bank Simpanan Nasional (BSN) kini memaklumkan aplikasi BSNSecure akan dimansuhkan bagi pengesahan transaksi, bermula 7 Jun 2024.

Berkaitan

  • Aplikasi BSNSecure Kini Tersedia Untuk Peranti Android Dan iOS
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Lanjutan itu, pengguna perlu mengemas kini aplikasi BSNSecure ke aplikasi myBSN melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Bagi membolehkan kemas kini atau muat turun aplikasi myBSN, peranti perlu menjalankan sistem operasi dengan versi iOS 15 atau terkini, atau Android/Huawei dengan versi 11.0 atau lebih baharu.

bsnsecure dimansuhkan_
Aplikasi MyBSN Gantikan BSNSecure – Keperluan Minimum iOS 15, Android 11

Sekiranya pengguna memuat turun aplikasi pada peranti yang tidak disokong, bukan sahaja myBSN tidak akan berfungsi, malah BSNSecure yang sebelum ini dimuat turun untuk pengesahan transaksi juga tidak boleh digunakan kerana aplikasi myBSN telah menggantikan BSNSecure tersebut.

Bermakna, pengesahan transaksi perbankan internet myBSN hanya boleh dilakukan melalui aplikasi myBSN Mobile sahaja.

Aplikasi MyBSN Gantikan BSNSecure – Keperluan Minimum iOS 15, Android 11

Sehubungan itu, pengguna diminta untuk menyemak versi sistem operasi yang digunakan terlebih dahulu sebelum memuat turun aplikasi myBSN dan mengaktifkan fungsi BSNSecure melaluinya.

Dengan aplikasi myBSN baharu, pengguna boleh melakukan perkhidmatan perbankan melalui aplikasi mudah alih dengan ciri-ciri perbankan dalam talian sedia ada – seperti pemindahan DuitNow, DuitNow QR, pemindahan dalam bank (sendiri, pihak ketiga) dan lain-lain.

Sumber: Bank Simpanan Nasional (1, 2, 3)

*artikel dikemas kini dengan kenyataan rasmi BSN.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY