Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi BSNSecure Kini Tersedia Untuk Peranti Android Dan iOS

Aplikasi BSNSecure Kini Tersedia Untuk Peranti Android Dan iOS

Diterbitkan Jun 23, 2023 ยท Dikemas kini Jun 23, 2023 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan pengesahan transaksi hanya melalui aplikasi BSNSecure bermula 1 Julai 2023.

Terbaharu, aplikasi BSNSecure kini telah pun boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Berkaitan

  • Mulai Julai, Semua Transaksi Perbankan Internet BSN Perlu Pengesahan BSNSecure

Perlu diketahui, BSNSecure bukanlah aplikasi perbankan internet myBSN. Sebaliknya, ia merupakan aplikasi keselamatan bagi pengesahan transaksi untuk perbankan internet myBSN, pembayaran FPX dan sebagainya.

Dengan peralihan kepada pengesahan transaksi BSNSecure sepenuhnya, penggunaan SMS OTP/TAC akan dimansuhkan bermula tarikh yang sama.

Pengguna dengan versi iOS 12 dan terbaharu, Android 9.0 dan terkini serta Huawei versi 9.0 boleh mula memuat turun aplikasi BSNSecure melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery.

Setelah selesai pendaftaran, transaksi melalui perbankan internet myBSN hanya boleh dilakukan selepas 12 jam (tempoh bertenang).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY