Google menyatakan aplikasi tersebut melanggar polisi spam mereka.
Aplikasi popular torrent peranti Android, LibreTorrent telah dibuang dari Google Play Store selepas Google mengesannya sebagai aplikasi sumber terbuka percuma yang melanggar polisi spam Google.
Susulan daripada itu, pembangun aplikasi itu Yaroslav Pronin dari Russia telah menghubungi pihak Google bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya.
Google memberi respon dengan menjelaskan,
"I’ve reviewed your appeal request and found that your app still violates Google Play Policy. During review, we found that your app violates the policy for Spam. We don’t allow apps that spam users or Google Play, such as apps that are duplicative and low-quality."
Walaubagaimanapun, Pronin percaya aplikasinya dibuang dari Play Store adalah kerana terdapat banyak aplikasi klon yang menyerupai LibreTorrent dalam Play Store.
“As I can think, this was due to the fact that there were many LibreTorrent clones on Google Play and Google just uninstalled all the apps without understanding the essence of what was happening,” Yaroslav Pronin.
Namun begitu, pihak Google memberi peluang kepada Pronin untuk menawarkan semula LibreTorrent ke dalam Play Store dengan membuat permohonan semula kepada pihak Google. Buat masa sekarang LibreTorrent masih belum disenaraikan kembali dalam Google Play Store.
Sumber: Torrentfreak
Berkaitan
- Pendaftaran Vaksin Untuk Ibu Hamil Dan Menyusui Di Aplikasi MySejahtera Ditambah Baik
- Microsoft Menarik Keluar Aplikasi SwiftKey Dari App Store Oktober Ini
- Perisian Hasad Baru Android Mengarahkan Penggunanya Ke Laman Palsu Menerusi Notifikasi
- Google Gesa Matikan Segera Ciri Ini, 3 Pengeluar Telefon Pintar Android Terjejas
- Cara Membuat Pembayaran PTPTN Melalui Aplikasi Shopee
- Perisian Hasad Tekya Berselindung Disebalik 24 Aplikasi Permainan Kanak-Kanak Dan 32 Aplikasi Utiliti Android
- Isu Penggodaman Yang Berlaku Pada iPhone Turut Sama Berlaku Pada Peranti Android Dan Windows
- Perisian Hasad Terbaru Didapati Mencuri Data Kewangan Pengguna Peranti Android
- Google Didakwa Kutip Data Pengguna Dari Aplikasi Google Messages Dan Google Phone
- Tema Gelap Facebook Masih belum Disokong Oleh Aplikasi Pelayar Ini