Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mod Gelap Facebook

Tema Gelap Facebook Masih belum Disokong Oleh Aplikasi Pelayar Ini

Diterbitkan Mac 22, 2020 ยท Dikemas kini Mac 22, 2020 oleh ariff bukhari

4 daripada 5 Pelayar popular sudah menyokong tema gelap Facebook.

Facebook baru sahaja menawarkan tetapan tema gelap untuk versi aplikasi pelayar komputer. Untuk mengaktifkan tema gelap Facebook di komputer, anda hanya perlu log masuk ke dalam akaun Facebook dan pilih tetapan ‘Switch to New Facebook‘ (Jika paparan antaramuka Facebook baru tidak diaktifkan secara automatik pada pelayar tersebut).

fb mode

Setakat semakan yang dibuat terhadap 5 pelayar popular yang menjadi pilihan utama pengguna iaitu Google Chrome, Mozilla Firefox, Apple Safari, Brave Browser dan Microsoft Edge, 4 daripadanya telah pun menyokong ciri tema gelap Facebook yang baru diperkenalkan itu.

4 Aplikasi pelayar itu adalah Google Chrome, Mozilla Firefox, Brave Browser dan Microsoft Edge.

fb dark mode
Pengguna juga diberikan pilihan bagi menukar kembali kepada antaramuka Facebook terdahulu dengan klik pada pilihan ‘Switch to Classic Facebook.’

Sementara bagi aplikasi pelayar Apple Safari pula, pengguna Facebook di atas pelayar ini masih belum ditawarkan ciri tema gelap Facebook yang baru ini.

safari facebook1
Antaramuka Facebook yang baru di atas pelayar Safari akan ditawarkan tidak lama lagi.

Jadi, jika anda pengguna pelayar Safari di atas komputer Apple Macintosh atau Windows, anda perlulah menggunakan 4 aplikasi yang dinyatakan di awal tadi bagi mencuba sendiri tema gelap Facebook tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY