Aplikasi terbaru dari Google, dikenali sebagai Trusted Contacts mungkin dapat mengatasi masalah itu. Aplikasi tersebut membolehkan ahli keluarga serta rakan-rakan anda berkongsi lokasi mereka dari jauh dengan satu sentuhan.
Apabila anda mendaftar masuk aplikasi berkenaan, anda akan menetapkan orang-orang tertentu dalam senarai "kenalan yang dipercayai". Dengan itu, anda boleh berkongsi lokasi semasa pada bila-bila masa dan kenalan anda boleh meminta lokasi terkini anda.
Tidak seperti Apple Find My Friends dan beberapa aplikasi berkaitan yang lain, Trusted Contacts tidak mengongsikan lokasi anda secara default, sebaliknya senarai kenalan anda boleh melihat maklumat umum mengenai dimana anda berada, seperti contoh sama ada anda sedang dalam talian (online) dan juga pergerakan anda dikawasan sekitar.
Anda diberi pilihan untuk menyiarkan lokasi anda kepada satu atau semua senarai kenalan yang anda ada. Selepas perkongsian dibuat, kenalan anda akan dapat melihat lokasi masa sebenar anda sehinggalah anda menamatkan perkongsian lokasi tersebut. Menurut pengurus produk, David Tattersall, idea utama aplikasi ini adalah keupaayan untuk pengguna berkongsi lokasi mereka dengan orang yang tersayang dalam tempoh masa yang singkat.
Aplikasi ini turut berfungsi secara luar talian (offline). Jadi jika telefon anda kehabisan kuasa, atau terputus dengan perkhidmatan, aplikasi masih boleh mengenal pasti lokasi terakhir yang anda lawati.
Selain dari itu, jika kenalan mahu memeriksa lokasi anda, mereka boleh berbuat demikian dengan menekan pilihan "Ask for XXXX location". Aplikasi akan memberi notifikasi kepada anda dan anda mempunyai pilihan sama ada mahu menerima atau menolak permintaan itu. Jika anda tidak memberi sebarang respon terhadap permintaan itu, aplikasi secara automatik akan mengongsikan lokasi terbaru anda kepada kenalan yang meminta. Ia mungkin mengganggu privasi tetapi Google menyatakan ia fungsi yang perlu ada kerana anda mungkin terlibat dengan kemalangan/bencana alam dan tidak sedarkan diri.
Buat masa sekarang, Trusted Contact hanya boleh didapati untuk platform Android. Google menyatakan yang mereka sedang giat membangunkan aplikasi tersebut untuk platform iOS.
Berkaitan
- Khabar Angin - Redmi Pro 2 Batal, Digantikan Dengan Xiaomi X1
- Medal Sukan Olimpik Di Tokyo Bakal Dihasilkan Dari Bahan Buangan Telefon Pintar
- Xiaomi Akan Lancar Telefon Pintar Baru Di India - Mengetengahkan Ciri Selfie
- Beli Telefon Pintar Vivo, Anda Berpeluang Nikmati Percutian 6 Hari Di Luar Negara
- Apple Lancar program Bug Bounty Pertama
- UberTaxi - Tempahan Teksi Kini Boleh Di Lakukan Melalui Aplikasi Uber
- Nokia 9 Dikhabarkan Membawa Tetapan Dwi Kamera Utama Dan Snapdragon 835
- P11 Mungkin Nama Terbaru Telefon Pintar Flagship Huawei
- Ahli AirAsia BIG Boleh Dapatkan Baucar RM200 Dari Huawei Dengan Cara Berikut
- Sony Dikatakan Memfailkan Paten Telefon Dengan Skrin Telus Yang Boleh Dilipat