Hanya untuk pengguna Android 10 dan iOS 11, 12 dan 13 sahaja.
Jika anda memiliki model terbaru telefon pintar Android atau memiliki peranti iOS yang menggunakan versi iOS 11, 12 dan 13, anda sudah boleh mengaktifkan tema gelap bagi aplikasi Gmail.
Google memaklumkan, kemas kini terbaru aplikasi Gmail sudah pun dilepaskan kepada para pengguna Android dan iOS hari ini. Bagi mengaktifkan tema gelap bagi aplikasi Gmail di peranti Android, pengguna perlulah menaik taraf sistem operasi peranti mereka dahulu kepada versi Android 10.
Tema gelap aplikasi Gmail secara automatik akan diaktifkan apabila tetapan mod gelap di peranti Android 10 diaktifkan. Atau anda boleh aktifkan mod gelap menerusi tetapan pada aplikasi Gmail.
Manakala bagi pengguna peranti iOS pula, tema gelap aplikasi Gmail boleh diaktifkan pada versi iOS 11, 12 dan 13. Untuk iOS 11 dan 12, pengguna boleh mengaktifkan tema gelap aplikasi Gmail dengan mengaktifkan tetapan tersebut di bahagian Settings > Dark Theme.
Sementara bagi iOS 13, tetapan tema gelap iOS boleh diaktifkan di dalam Settings peranti dan secara automatik aplikasi Gmail akan turut dipaparkan dalam mod gelap iOS.
Kepada para pengguna yang masih belum dapat mengaktifkan tema gelap Gmail, mereka perlulah mengemas kini aplikasi Gmail kepada versi terbaru dan menggunakan sistem operasi terbaru pada peranti mereka.
Berkaitan
- Skor AnTuTu Mendedahkan Prestasi Sebenar Cip A13Bionic iPhone SE 2020
- DxOMark Akan Mendedahkan Keputusan Skor Kamera iPhone 11 Pro Max Pada 7 November Ini
- Harapan Untuk Tawar Ciri Satelit Seperti iPhone Di Android Terhenti
- Aplikasi Pelayar Chrome Kini Milisaat Lebih Pantas Menerusi Versi 103
- Kemas Kini KB4579311 Untuk Pengguna Windows 10
- Peminat iPhone Mungkin Tak Berapa Berkenan Dengan Reka Bentuk Baru iPhone 13 Nanti
- Apple Bakal Menaik Taraf Macbook Pro 13" Keluaran 2017
- Apple Melepaskan Kemas Kini iOS 13.2 Dan iPadOS 13.2
- ASUS Zenbook S 13 OLED Dilancarkan, Komputer Riba OLED Ternipis Di Dunia
- 2 Pepijat Baru Windows 10 Menyebabkan Isu Keselamatan Dan 'Blue Screen Of Death'