Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Bakal Menaik Taraf Macbook Pro 13″ Keluaran 2017

Apple Bakal Menaik Taraf Macbook Pro 13″ Keluaran 2017

Diterbitkan Julai 3, 2019 oleh ariff bukhari

Kali terakhir model ini dikemas kini adalah pada Jun 2017.

Apple dilaporkan akan mengemas kini perkakasan Macbook Pro 13″ dalam masa terdekat ini. Atau secara khususnya terhadap model Macbook Pro 13″ tanpa Touch Bar dengan 2 sambungan Thunderbolt 3 aka USB-C keluaran tahun 2017.

Laporan tersebut adalah berdasarkan kepada pemfailan yang diubah secara ringkas yang terdapat di laman Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC).

Dalam pemfailan tersebut tertera peranti dengan nombor model A2159, yang didapati sepadan dengan pemfailan Apple bagi MacBook yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Ekonomi Eurasian pada bulan Jun lalu.

Apple Bakal Menaik Taraf Macbook Pro 13″ Keluaran 2017

Berdasarkan kepada rajah di atas, peraturan label menunjukkan rating kuasa yang sama digunakan pada MacBook Pro 13″ yang ada ketika ini. Sekaligus mengesahkan bahawa ia adalah merujuk kepada model Macbook Pro 13″.

Model Macbook Pro 13″ tanpa Touch Bar dengan 2 sambungan Thunderbolt 3 ini masih dijual oleh Apple di laman sesawang rasmi mereka. Sejak 2017 lalu, ia masih kekal menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-7.

Hanya terhadap model Macbook Pro 13″ dan 15″ dengan panel Touch Bar sahaja yang dikemas kini perkakasannya oleh Apple yang telah dibuat pada pertengahan tahun ini.

Harga jualan komputer riba Macbook Pro 13″ tanpa Touch Bar dengan 2 sambungan Thunderbolt 3 keluaran Jun 2017 ini bermula dari RM5932.00.

Sumber: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY