Tidak sepantas cip A13Bionic yang digunakan pada barisan iPhone 11.
Seperti semua sedia maklum, model terbaru iPhone SE 2020 menggunakan cip pemprosesan A13Bionic yang sama sepertimana digunakan pada barisan model iPhone 11.
Walaubagaimanapun, hasil skor markah prestasi yang didedahkan AnTuTu bagi iPhone SE itu hany mencapai markah 492166 sahaja.
Ia adalah lebih rendah berbanding skor AnTuTu yang dicapai oleh barisan iPhone 11.
Berikut adalah perbandingan antara skor markah iPhone SE berbanding model peranti Apple yang lain.
Namun begitu ia tidak juga mengejutkan, memandangkan ia adalah antara langkah yang perlu diambil Apple dengan mengurangkan sedikit prestasi cip A13Bionic iPhone SE kerana kapasiti bateri peranti tersebut yang kecil.
iPhone SE adalah generasi kedua telefon pintar Apple paling murah ditawarkan ketika ini iaitu berharga dari RM1,999.00. Model pertama iPhone SE diperkenalkan pada April 2016 dahulu.
iPhone SE dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Sumber: GSMArena
Berkaitan
- India Rancang Larang Penggunaan Kenderaan Diesel 4 Roda Menjelang 2027
- Wanita 'Mengandung' Gagal 'Import' Lebih 200 iPhone Dan Cip Intel
- Signal Kembali Selepas Beberapa Hari Mengalami Masalah Teknikal
- Meta Perkenal 2 Pilihan Tetapan Baru Untuk Facebook 'Feed'
- AS Dakwa Kapersky Dan 2 Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi China Beri Ancaman Pada Keselamatan Negara
- Selepas Ini Proses Naik Taraf Ke Windows 11 Perlukan Capaian Internet
- Semak 6 Tetapan WhatsApp Yang Dapat Meningkatkan Keselamatan Data Dan Privasi Anda
- vivo X70 Series Dilancarkan, Dikuasakan Oleh MediaTek Dimensity 1200
- Apple Mungkin Akan Perkenalkan Model Apple Watch Seramik Dan Titanium
- WhatsApp Tiru Telegram Lagi, Boleh Pin Mesej Pula