Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon Satellite

Harapan Untuk Tawar Ciri Satelit Seperti iPhone Di Android Terhenti

Diterbitkan November 16, 2023 ยท Dikemas kini November 16, 2023 oleh ariff bukhari

Pada Januari 2023 lalu, Qualcomm telah mengumumkan Snapdragon Satellite iaitu sebuah projek yang bertujuan untuk membolehkan pengguna Android menghantar teks melalui satelit apabila mereka tidak mempunyai perkhidmatan selular.

Ia dengan harapan akan menjadi sepertimana ciri Emergency SOS menerusi satelit yang diperkenalkan Apple pada siri iPhone 14.

Walau bagaimanapun, inisiatif itu tidak berjaya seperti yang diharapkan oleh Qualcomm.

Ini selepas Iridium, syarikat yang mana Qualcomm mengikat kontrak untuk servis sambungan satelit mengumumkan bahawa Qualcomm menamatkan perjanjian dengan pengeluar untuk membawa perkhidmatannya ke telefon pintar.

Iridium dalam kenyataan medianya menjelaskan, “Syarikat berjaya membangun dan menunjukkan teknologi; walau bagaimanapun, walaupun kejayaan teknikal ini, pengeluar telefon pintar tidak memasukkan teknologi dalam peranti mereka. Disebabkan ini, pada 3 November 2023, Qualcomm memberitahu Iridium bahawa ia telah memilih untuk menamatkan perjanjian, berkuat kuasa 3 Disember 2023.”

Iridium juga memaklumkan, selepas tamat perjanjian itu, mereka akan bebas untuk terlibat semula secara langsung dengan pengeluar OEM telefon pintar, pembuat cip lain dan pembangun sistem pengendalian telefon pintar yang mereka pernah bekerjasama sebelum ini.

Iridium juga akan meneruskan hubungan baharu dengan OEM peranti pintar, pembuat cip dan pembangun untuk pelan perkhidmatan sedia ada dan masa hadapannya.

Syarikat yang memilih untuk menggunakan penyelesaian Iridium juga akan mempunyai kepastian perkhidmatan jangka panjang dan boleh terlibat dalam perancangan pembangunan perkhidmatan Narrowband Bukan Terestrial-Rangkaian Iridium.

Berkaitan

  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember
  • China Lancar Servis Internet Terpantas Di Dunia Selaju 1,200gb/s
  • Pemilik iPhone 14 Dapat 1 Tahun Lagi Akses Percuma Ciri Sambungan Satelit

Sumber: Iridium, Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY