Apple dijangka akan memperkenalkan model terbaru iPhone mereka iaitu iPhone 13 pada tahun ini.
Sebelum ini telah dikhabarkan bahawa antara ciri-ciri baru yang akan diperkenalkan pada iPhone 13 adalah seperti menggunakan skrin dengan kadar segar 120Hz serta modul kamera jauh lebih besar bagi membolehkan iPhone 13 dilengkapi dengan sensor kamera yang lebih baik.
Walaubagaimanapun, ura-ura ciri baru iPhone 13 ini pula mungkin tidak akan disenangi peminatnya.
Berdasarkan kepada laporan oleh laman MacRumors, mereka mendakwa rekaan iPhone 13 bakal menjadi lebih tebal dari model iPhone sebelum ini.
Menurut MacRumors, lukisan skematik iPhone 13 yang diperoleh mereka menunjukkan bahawa iPhone 13 adalah setebal 7.57mm. Menjadikan iPhone 13 akan 0.17mm lebih tebal dari model iPhone 12 ketika ini.
Tidak setakat itu, rekaan kamera belakang iPhone 13 juga dikatakan akan lebih tebal dari rekaan kamera iPhone 12.
Menjadikan iPhone 13 lebih tebal dari model sebelumnya mungkin adalah jalan terakhir yang terpaksa dibuat Apple bagi membolehkan mereka menggunakan perkakasan terbaru yang lebih baik pada siri iPhone terbaru itu nanti.
Sumber: MacRumors
Baca juga:-
– Ini Mungkin Rekaan Dan Pilihan Warna Bagi iPhone 13
– iPhone 13 Pro Dan Pro Max Akan Menggunakan Skrin 120Hz Buatan Samsung