Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Akan Peruntukan Lebih Kurang 7GB Untuk Kemaskini Windows 10

Kemas Kini KB4579311 Untuk Pengguna Windows 10

Diterbitkan Oktober 15, 2020 oleh ariff bukhari

Jika anda menggunakan sistem operasi Windows 10 pada komputer anda, Microsoft telah melepaskan kemas kini terbaru untuk sistem operasi tersebut.

Kemas kini KB4579311 (OS Build 19041.572) itu ditawarkan kepada pengguna Windows 10 versi 2004 dan Windows Server versi 2004.

Microsoft memaklumkan kandungan kemas kini KB4579311 ini adalah bagi menambah baik ciri keselamatan dan kestabilan Windows 10.

Microsoft menumpukan 3 isu utama  dalam kemas kini tersebut iaitu meningkatkan sekuriti pada barisan produk Microsoft Office, ciri pengesahan kata nama dan kata laluan serta prestasi operasi sitem Windows.

Walaubagaimanapun, Microsoft memaklumkan terdapat 2 isu yang terdapat pada kemas kini tersebut.

Isu pertama adalah berkaitan penggunaaan Microsoft Input Method Editor (IME) untuk bahasa Jepun atau China. Manakala satu lagi adalah pemasangan pemacu perisian bagi perkakasan dari pihak ketiga.

Berkaitan isu kedua itu Microsoft menjelaskan simtomnya,

“When installing a third-party driver, you might receive the error, “Windows can’t verify the publisher of this driver software”. You might also see the error, “No signature was present in the subject” when attempting to view the signature properties using Windows Explorer.” Microsoft.

Microsoft menyatakan bahawa jika isu seperti itu berlaku, pengguna perlu mendapatkan kemas kini terbaru dari pengeluar perkakasan bagi memperbetulkan isu tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY