Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Gemini Kini Tersedia Untuk Pengguna macOS

Aplikasi Gemini Kini Tersedia Untuk Pengguna macOS

Diterbitkan April 16, 2026 oleh Amsyar Latif

Google secara rasminya melancarkan aplikasi Gemini untuk pengguna macOS (versi 15 ke atas), memberikan pengalaman AI yang lebih lancar terus dari desktop.

Salah satu ciri paling menarik ialah keupayaan untuk melancarkan Gemini dari mana-mana sahaja dengan menggunakan pintasan papan kekunci (Option + Space). Ini memudahkan pengguna mendapatkan jawapan pantas, seperti mencari formula spreadsheet atau mengesahkan fakta, tanpa perlu menukar tab atau aplikasi.

Aplikasi natif ini juga membolehkan Gemini memahami konteks skrin anda secara langsung. Pengguna boleh berkongsi tetingkap yang sedang dibuka termasuk fail lokal dan meminta Gemini menganalisis kandungan tersebut.

Bagi golongan kreatif, penjanaan imej melalui Nano Banana dan video melalui Veo juga boleh dilakukan terus dalam satu tetingkap yang sama.

Melalui pelancaran ini, ia dilihat sebagai cubaan Google untuk bersaing lebih rapat dengan integrasi AI natif lain seperti ChatGPT dan Claude di Mac.

Google turut menyatakan bahawa pelancaran ini hanyalah permulaan, dengan perancangan untuk membina pembantu desktop yang lebih proaktif dan peribadi pada masa hadapan.

Aplikasi Gemini untuk macOS kini boleh dimuat turun secara percuma di gemini.google/mac untuk semua pengguna.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Tambah Ciri Kecemasan Baharu Dalam Gemini
  • Google Tambah Ciri 'Notebooks' Dalam Gemini

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY