Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Tambah Ciri ‘Notebooks’ Dalam Gemini

Google Tambah Ciri ‘Notebooks’ Dalam Gemini

Diterbitkan April 9, 2026 · Dikemas kini April 9, 2026 oleh Amalina Athman

Google memperkenalkan ciri baharu “Notebooks” untuk Gemini, yang direka bagi memudahkan pengguna menguruskan maklumat berkaitan topik tertentu dalam satu tempat.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menambah fail seperti dokumen dan PDF, memindahkan perbualan terdahulu serta arahan tersuai ke dalam satu notebook. Semua kandungan tersebut kemudian digunakan sebagai konteks oleh Gemini untuk memberikan jawapan yang lebih relevan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/04/09145117/03_Gemini_notebook_College_application_1920x1080_v13.mp4

Ciri ini dilihat hampir sama seperti “Projects” dalam ChatGPT, di mana pengguna boleh menyimpan bahan berkaitan sesuatu projek dalam satu tempat.

Menurut Google, notebooks turut disegerakkan (sync) merentasi aplikasi Gemini dan NotebookLM, membolehkan sumber yang ditambah dalam satu platform akan muncul di platform lain secara automatik. Integrasi ini turut membolehkan pengguna memanfaatkan ciri tambahan seperti Video Overview dan Infographics dalam NotebookLM, walaupun notebook bermula dari Gemini.

Sebagai contoh, pelajar boleh menyimpan nota kelas dalam Notebooks, kemudian menggunakan NotebookLM untuk menjana ringkasan visual. Seterusnya, Gemini boleh digunakan untuk membantu menyediakan draf karangan berdasarkan bahan yang sama.

Project organization is here: Introducing notebooks in Gemini.

You can now keep multiple projects organized and even add past chats and relevant files as sources, so you have a dedicated space to focus on the task at hand.

Select “New notebook” in the side panel to get started.

— Google Gemini (@GeminiApp) April 8, 2026

Buat masa ini, Notebooks hanya dilancarkan di web untuk pelanggan pelan AI Ultra, Pro dan Plus. Ia tidak tersedia untuk pengguna bawah 18 tahun serta akaun Workspace dan Education.

Dalam beberapa minggu akan datang, ciri ini akan diperluaskan ke peranti mudah alih serta pengguna percuma.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Gemini Kini Sokong Import Memori Daripada Aplikasi AI Lain
  • Google Umum Gemma 4 – Model AI Terbuka Dengan Kuasa Gemini 3
  • Google Tambah Ciri Kecemasan Baharu Dalam Gemini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY