Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Final Cut Camera_wisermy

Aplikasi Final Cut Camera Kini Tersedia Untuk iPhone

Diterbitkan Jun 21, 2024 · Dikemas kini Jun 21, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini melancarkan aplikasi Final Cut Camera di App Store, bersama-sama kemas kini Final Cut Pro untuk versi Mac dan iPad.

Berkaitan

  • Logic Pro Dan Final Cut Pro Untuk iPad Kini Tersedia Di App Store
  • Ini Sebabnya Apple Intelligence Perlukan Minimum iPhone 15 Pro
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Dengan ciri Live Multicam, ia membolehkan pengguna menyambung sehingga empat peranti yang menjalankan Final Cut Camera untuk pratonton, rakam dan sync sudut kamera secara wayarles dalam Final Cut Pro untuk iPad.

Walaupun dilancarkan sebagai alat yang boleh mengawal kamera iPhone daripada iPad, ia juga boleh digunakan pada iPhone sebagai aplikasi kendiri.

Final Cut Camera_4
Final Cut Camera_1
Final Cut Camera_5
Final Cut Camera_3
Final Cut Camera_6

Aplikasi ini mempunyai keupayaan untuk melaraskan tetapan kamera seperti fokus manual, white balance, kelajuan shutter, ISO serta memudahkan pengguna untuk menukar antara resolusi dan format video.

Selain itu, terdapat pilihan untuk mematikan penstabilan terbina dalam iPhone, yang mungkin berguna apabila pengguna merakam dengan gimbal.

Dengan Final Cut Camera, pengguna juga boleh memindahkan media dengan mudah ke projek Final Cut pada iPad atau menyimpan rakaman terus ke storan luaran yang disambungkan.

Aplikasi ini tersedia secara percuma di App Store untuk iPhone XS dan terkini yang menjalankan iOS 17.4 atau lebih baharu, serta model iPad dengan iPadOS 17.4 ke atas.

Sumber: Apple Newsroom

Rujukan: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY