Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
resit MAE CIMBClicks

Aplikasi CIMBClicks Dan MAE Ada Masalah Teknikal Untuk Kongsi Resit Pembayaran Melalui WhatsApp

Diterbitkan Februari 15, 2023 · Dikemas kini Februari 15, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa hari lalu, aplikasi CIMBClicks dan MAE menghadapi isu teknikal yang mana menyebabkan pengguna gagal untuk berkongsi resit pembayaran secara terus melalui WhatsApp.

Berkaitan

  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa
  • Selepas CIMB, Kini Maybank Pula Mudahkan Anda Bekukan Akses Terhadap Maybank2U Dan MAE
  • Cara Mudah Untuk Perbaharui Kad 'Virtual' MAE

Di aplikasi MAE, hanya teks “Share M2U Receipt M2U_20230215_XXXX” yang akan dilampirkan berbanding yang sepatutnya disertakan fail PDF dan teks.

Aplikasi CIMBClicks Dan MAE Ada Masalah Teknikal Untuk Kongsi Resit Pembayaran Melalui WhatsApp

Maybank menyatakan pihaknya telah melaporkan perkara itu kepada bahagian teknikal. Sebagai alternatif, pengguna boleh berkongsi resit melalui e-mel atau SMS buat sementara waktu. Pengguna juga boleh membuat tangkap layar (screenshot) terlebih dahulu.

Sementara itu, di aplikasi CIMBClicks turut mengalami isu yang sama, di mana hanya teks “Share Receipt” yang akan dipaparkan jika berkongsi resit bayaran secara terus daripada aplikasi.

Aplikasi CIMBClicks Dan MAE Ada Masalah Teknikal Untuk Kongsi Resit Pembayaran Melalui WhatsApp

Tinjauan saya mendapati isu tersebut hanya berlaku di aplikasi CIMBClicks, manakala perkongsian resit pembayaran secara terus di aplikasi CIMB OCTO tidak terjejas, sekurang-kurangnya sehingga artikel ini ditulis.

Dalam pada itu, CIMB mengesahkan pihaknya sedang mengembalikan perkhidmatan perkongsian resit pembayaran melalui WhatsApp. CIMB menjelaskan pengguna boleh menyimpan PDF atau menggunakan e-mel sebagai alternatif lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY