Apa Yang Baharu Di Dalam Chat Steam Ketika Ini?

Steam telah menjadi sebuah platfom gaming yang terkenal di kalangan peminat mereka. Namun, itu tidak bermakna Steam sudah boleh menarik nafas lega. Ini kerana aplikasi mesej mereka tidak lah begitu popular jika dibandingkan dengan lain.

Sudah lama pengguna Steam meminta supaya Steam menaik taraf aplikasi mesej mereka dan kini Steam sudah bersedia mendengarnya. Mereka telah melancarkan aplikasi mesej yang baharu di dalam talian dengan beberapa penambahbaikan.

Untuk pengguna setia Discord, mungkin beberapa fungsi baharu ini sudah menjadi kebiasaan bagi anda semua:

Favourites




Pengguna kini sudah mengkategorikan kenalan mereka ke ruang favouriteIni bagi memudahkan untuk melihat samada kenalan kegemaran anda sudah berada di atas talian atau tidak.

Untuk meletakkan kenalan anda ke dalam ruangan favourite, anda hanya perlu 'mengheret' kenalan tersebut ke dalam ruangan tersebut atau anda boleh right-click tetikus di atas kenalan anda, kemudian memilih favourite.

Untuk membuang pula, anda boleh right-click tetikus, Manage > Remove from Favourites.

Kategori




Jika sebelum ini fungsi tag sudah wujud untuk Steam yang lama, mereka kini merubahnya kepada CategoryPengguna boleh membuat kategori berbeza untuk beberapa kenalan mereka.

Cara membuat kategori adalah dengan right-click di atas kenalan yang dikehendaki kemudian Manage>Categorize.

Selepas itu anda boleh menambah kenalan lain dengan 'mengheret' mereka ke ruangan yang dikehendaki.

Chat




Steam memperkasakan ruang chat mereka dan kini sebarang kandungan, pautan luaran ke dalam chat tanpa perlu pengguna keluar dari aplikasi tersebut. Pengguna tidak lagi perlu keluar dari aplikasi Steam mereka untuk melihat pautan yang dihantar rakan-rakan mereka.

Senarai Susunan Rakan-rakan




Senarai rakan-rakan anda di Steam juga kini disusun mengikut permainan apa yang sedang dimainkan. Sebagai contoh, untuk Dota 2, jika rakan anda berada di dalam party, maklumat party tersebut turut dipaparkan dan memudahkan anda jika anda turut sama mahu menyertai permainan tersebut bersama rakan anda.

Chat Berkumpulan




Steam kini membenarkan kumpulan khas dibuat oleh pengguna mereka yang menyokong chat dalam teks atau suara. Chat suara dan teks diasingkan bagi memudahkan pengguna menyertainya.


Tambahan Lain



  • Chat History


Pelayan Steam kini akan menyimpan sehingga 2 minggu kandungan chat anda sebelum dipadam dari pelayan. Ini termasuk chat peribadi dan juga groups.

  • Keselamatan dipertingkatkan


Keselamatan aplikasi chat steam ditingkatkan dan disulitkan. Ini bermakna alamat IP pengguna kini sudah menjadi sulit seterusnya melindungi lokasi pengguna dari serangan penggodam (DDoS).